Harian Metro

‘Kami kesal acara batal’

 Penganjur dakwa sudah patuhi prosedur keselamata­n ditetapkan JSPT

- Icka S Hassan am@hmetro.com.my

Kami dimaklumka­n mengenainy­a

jam 5 pagi

Mahmud

Acara lumba basikal Cabaran Pulau Indah 180 Malaysia 2018 yang sepatutnya berlangsun­g semalam dibatalkan selepas penganjur didakwa tidak memenuhi syarat ditetapkan.

Jurucakap polis berkata, berikutan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor tidak memberi bantuan keselamata­n sepanjang kayuhan berkenaan.

“Acara penugasan 180 kilometer dibatalkan kerana tiada kelulusan JSPT dan semua penugasan ditarik balik,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB), Datuk Mahmud Abbas berkata, pihaknya sudah mematuhi prosedur penganjura­n perlumbaan itu meliputi aspek keselamata­n dan fasiliti perlumbaan.

“Kami kesal dengan pembatalan program ini, apatah lagi kami dimaklumka­n mengenainy­a jam 5 pagi tadi (semalam).

“Kami juga sudah mematuhi prosedur penganjura­n perlumbaan meliputi aspek keselamata­n dan fasiliti perlumbaan kerana apa yang menjadi keutamaan kami adalah isu keselamata­n itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, itu bukan kali pertama kejohanan itu dianjurkan, malah sudah memasuki tahun ketiga dan mendapat penyertaan 1,000 pelumba dari dalam dan luar negara.

Dalam kejohanan itu, pelumba akan melalui trek sepanjang 180 kilometer mengelilin­gi Pulau Indah dan Pelabuhan Klang.

 ?? FOTO: FAIZ ANUAR ?? PESERTA tidak meneruskan Cabaran Pulau Indah 180 Malaysia 2018 selepas dibatalkan.
FOTO: FAIZ ANUAR PESERTA tidak meneruskan Cabaran Pulau Indah 180 Malaysia 2018 selepas dibatalkan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia