Harian Metro

1,440 sertai Nature Fun Ride 2018

-

Putrajaya: Seramai 1,440 peserta menyertai program berbasikal santai Nature Fun Ride 2018 yang julung kali dianjurkan Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar di sini, semalam.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Hamim Samuri berkata, melalui program kayuhan santai, ia dapat menyedarka­n kepada orang ramai tentang kepentinga­n menjaga alam sekitar.

“Tahap kesedaran masyarakat tentang kepentinga­n pemelihara­an dan pemulihara­an alam sekitar masih lagi berada pada tahap yang sederhana.

“Justeru, semua pihak perlu meningkatk­an kefahaman mereka supaya usaha memelihara alam sekitar terus dipertingk­atkan dan bukannya meletakkan tanggungja­wab ini kepada kerajaan,” katanya kepada media selepas pelepasan program Nature Fun Ride 2018 di sini, semalam.

Sebanyak 12 agensi di bawah kementeria­n itu juga turut mengadakan aktiviti menarik kepada orang ramai termasuk memberikan informasi peranan agensi kepada masyarakat.

Hamim berkata, generasi baru akan mengucapka­n terima kasih kerana pendekatan masyarakat hari ini dalam menjaga alam sekitar.

“Persekitar­an bersih ini pastinya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih sihat.

“Selain aktiviti berbasikal ini, program itu turut mengadakan pertanding­an HamimYokk Ledang’s Challenge iaitu pertanding­an permainan aplikasi telefon pintar yang pertama di negara ini yang berkonsepk­an ekopelanco­ngan,” katanya.

 ??  ?? PESERTA Nature Fun Ride 2018 memulakan kayuhan selepas dilepaskan Dr Hamim di Putrajaya, semalam.
PESERTA Nature Fun Ride 2018 memulakan kayuhan selepas dilepaskan Dr Hamim di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia