Harian Metro

Dua rakan hilang

- Icka S Hasan am@hmetro.com.my

 Lapan warga Vietnam nyaris lemas bot karam berhampira­n Pulau Aur

Lapan warga Vietnam hampir lemas selepas bot nelayan yang dinaiki karam pada jarak 38 batu nautika tenggara Pulau Aur, Johor petang, Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Daerah, Kapten Maritim Abu Zaki Mohammad berkata, mereka berjaya diselamatk­an kapal kargo MT Asiatic Dawn.

Beliau berkata, kejadian pada jam 5 petang apabila isyarat kecemasan diterima Pusat Kawalan Operasi Pelabuhan Singapura dan Maritim Malaysia memaklumka­n kapal itu menyelamat­kan lapan mangsa berusia antara 26 hingga 35 tahun.

Katanya, mangsa yang berada dalam keadaan baik dibawa ke Pelabuhan Klang pada hari sama.

“Kami kemudian menerima maklumat lanjut daripada pemilik bot berkenaan bahawa terdapat 13 warga Vietnam bekerja di bot berkenaan.

“Seorang berjaya diselamatk­an dan dibawa ke Singapura, manakala dua mangsa diselamatk­an kapal MG Neptune sekitar waktu sama dan terus dibawa dalam pelayaran menuju Vietnam,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan lanjut Maritim Malaysia Selangor melalui keterangan seorang mangsa, dua rakan mereka masih hilang dan dipercayai lemas.

“Semua mangsa yang tidak mempunyai pengenalan diri itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? LAPAN nelayan warga Vietnam yang diselamatk­an kapal kargo yang menuju ke Pelabuhan Klang.
LAPAN nelayan warga Vietnam yang diselamatk­an kapal kargo yang menuju ke Pelabuhan Klang.
 ??  ?? KAPAL yang menyelamat­kan lapan nelayan warga Vietnam.
KAPAL yang menyelamat­kan lapan nelayan warga Vietnam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia