Harian Metro

Honor perkenal telefon pintar dengan teknologi AI

-

Honor memperkena­lkan model telefon pintar terbarunya dengan teknologi kepintaran buatan (AI), Honor View10 dan versi edisi terhad Honor 7X Red.

Honor View10 yang boleh didapati di pasaran antarabang­sa sejak 8 Januari lalu diperkenal­kan dalam Pertunjuka­n Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Presiden Honor George Zhao berkata, Honor adalah jenama telefon pintar segmen elektronik nombor satu di China berdasarka­n kepada jualan dan terus meningkat pada jualan Black

Friday di AS dan Eropah. “Sebagai jenama peneraju, Honor menyasarka­n menjadi telefon pintar paling digemari golongan muda.

“Kami yakin model perniagaan berasaskan Internet yang unik dan produk dengan nilai serta berkualiti tinggi akan membawa ia ke peringkat

global dari pasaran domestik di China.

“Malah, kami berhasrat menjadi jenama lima teratas dunia menjelang 2020,” katanya di sini.

Sebagai strategi menyediaka­n pengalaman penggunaan telefon pintar kepada pelanggan, Honor menjalin kerjasama dengan Microsoft, Monster dan

Snapchat untuk mengoptimu­mkan aplikasi dan servisnya.

Mengenai pelancaran model baru itu, beliau berkata, sebagai usaha memacu penggunaan teknologi AI secara menyeluruh kepada pengguna seluruh dunia, pengenalan model itu tepat pada masanya.

Menurutnya, Honor adalah antara jenama telefon pintar pertama di dunia menampilka­n perantinya dengan Unit Pemprosesa­n Jaringan Neutral (NPU) untuk melicinkan ciri dan prestasi AI.

 ??  ?? HONOR memperkena­lkan Honor View10 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
HONOR memperkena­lkan Honor View10 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia