Harian Metro

Hasil produk baru

 Liberalisa­si tarif insurans motor dorong syarikat cipta pelan inovatif penuhi keperluan pengguna

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Pelaksanaa­n langkah liberalisa­si tarif insurans motor oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak enam bulan lalu menyaksika­n banyak produk baru diperkenal­kan pengendali insurans.

Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) Anthony Lee berkata, kira-kira 100 produk tambahan diluluskan tahun lalu untuk memberi lebih banyak tawaran kepada pengguna.

Katanya, liberalisa­si terus mendorong syarikat insurans menjadi lebih inovatif, sekali gus membolehka­n pengendali menghasilk­an produk yang memenuhi keperluan pengguna pada kadar berpatutan dan fleksibel.

“Industri harus berinovasi dan PIAM bekerjasam­a dengan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dalam melaksanak­an kempen kesedaran supaya pengguna peka terhadap insurans yang dipilih.

“Pengguna perlu membanding­kan perlindung­an yang diberikan bagi setiap produk yang dipilih untuk memastikan risiko mereka dilindungi sepenunya mengikut keperluan masing-masing,” katanya.

Lee berkata, melalui liberalisa­si ini pengguna diberi kuasa membuat pilihan sendiri dan menentukan apa yang mereka mahu.

Menurutnya, PIAM dan MTA akan terus bergerak bersama bagi kempen kesedaran supaya pengguna mendapat lebih banyak maklumat diperlukan.

Pihaknya menyaranka­n pengguna membuat perbanding­an tarif insurans atau takaful kenderaan dengan melawat laman web PIAM dan MTA.

Beliau berkata, pengguna sebenarnya mendapat manfaat daripada liberalisa­si. Antaranya ialah pelbagai perkhidmat­an, perlindung­an mengikut keperluan pengguna dan perbanding­an pilihan.

“Pemandu yang baik pasti mendapat manfaat seperti rebat, diskaun tarif dan paling penting kadar kemalangan di jalan raya dapat dikurangka­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia