Harian Metro

Eksport 25,000 motosikal Demak ke Kemboja

-

Kuala Lumpur: DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd (DNC) , pengeluar dan pemasang motosikal jenama Demak memeterai perjanjian persefaham­an (MoU) bersama Asian Comfort Co Ltd (Asian Comfort) untuk membawa masuk jenama itu ke pasaran Kemboja.

Pengarah Eksekutifn­ya Hu Ying berkata, menerusi MoU itu, 25,000 unit bernilai RM225 juta akan dieksport ke negara berkenaan bermula suku kedua 2018.

“Langkah ini selari dengan perancanga­n DNC Asiatic untuk meluaskan penjualan motosikal jenama Demak di ASEAN.

“Asian Comfort akan menjadi pengedar rasmi Demak dan bertanggun­gjawab mempromosi jenama ini di Kemboja,” katanya pada majlis menandatan­gani MoU bersama Asian Comfort Co Ltd di sini, semalam.

Hu berkata berkata, pihaknya menyasarka­n jualan Demak meningkat 10 peratus tahun ini.

“Pada tahun lalu, kami merekodkan jualan Demak 46,000 unit yang mana 36,000 dijual di pasaran tempatan manakala 10,000 lagi dieksport ke Bangladesh dan Myanmar.

“Tahun ini, kami sasarkan peningkata­n 10 peratus kepada 51,000 unit dijual di pasaran tempatan dan luar negara didorong dengan jualan 25,000 di Kemboja,” katanya.

Ditanya jika syarikat bercadang meluaskan jualan motosikal Demak di negara ASEAN lain, Hu berkata, pihaknya akan melihat terlebih dulu hasil jualan di Kemboja sebelum membuat sebarang keputusan.

“Buat masa ini kita memberi tumpuan terhadap pasaran sedia ada sebelum perancanga­n seterusnya,” katanya.

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif Asian Comfort Sokbundith (kiri) memeterai MoU dengan Hu (kanan), semalam.
KETUA Pegawai Eksekutif Asian Comfort Sokbundith (kiri) memeterai MoU dengan Hu (kanan), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia