Harian Metro

Almas pilihan nombor 1

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 Komited lahir 1,000 ejen tahun ini bantu jana pendapatan sampingan

Almas Beauty & Health (Almas) komited membantu orang ramai menjana pendapatan sampingan dengan mengeluark­an produk berasaskan herba terbaik.

Pengasasny­a, Datin Maziah Mohamed berkata, beliau menjangkak­an untuk melahirkan kira-kira 1,000 ejen tahun ini dan Almas akan berkongsi cara berniaga serta menjana pendapatan.

Katanya, kebanyakan produk keluaran Almas mendapat sambutan di luar jangkaan terutama minuman kesihatan Jus Nusantara dan bagi tahun ini beliau mahu produk Almas lebih dikenali bukan saja di Malaysia malah peringkat global.

“Kami bersyukur biarpun berdepan dengan ekonomi yang tidak menentu, apa yang dirancang tahun lalu dapat dicapai dan keyakinan pengguna sangat tinggi dengan produk Jus Nusantara selain mendapat permintaan dari negara lain.

“Kami bercadang menembusi pasaran luar negara dan antaranya Asia Barat, Thailand dan Indonesia dalam pertengaha­n tahun ini,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini

Menurutnya, tahun ini syarikat menyasarka­n untuk meningkatk­an jualan tiga kali ganda yang bakal disumbangk­an jualan dari Malaysia dan luar negara.

Maziah berkata, pihaknya berharap setiap keluarga akan mengamalka­n Jus Nusantara dan meletakkan sasaran untuk menjadikan produk Almas pilihan nombor satu di Malaysia.

“Kami bukan saja mempunyai pengguna berbangsa Melayu, tetapi juga Cina dan India.

“Sekarang, cabaran utama kami untuk mengubah persepsi golongan yang tidak percaya dengan kebaikan produk tempatan.

“Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.almas.com.my, Facebook (ALMAS Beauty & Health), Instagram (almasbeaut­yhealth) atau hubungi talian Almas; 019-2122005, 0192782005, 03-60214005/4006/4007,” katanya.

 ??  ?? MAZIAH bersama produk Jus Nusantara.
MAZIAH bersama produk Jus Nusantara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia