Harian Metro

Peluang menang hadiah RM10,000

-

Kuala Lumpur: Pelanggan 7-Eleven kini berpeluang untuk memenangi hadiah menarik sehingga RM10,000 menerusi pertanding­an terbaru oleh pengendali kedai serbaneka itu iaitu

Orang ramai yang berminat menyertai pertanding­an itu dikehendak­i mengaktifk­an akaun TNB dan membayar minimum RM50 bagi bil TNB masing-masing di mana-mana cawangan 7-Eleven seluruh negara bermula sekarang hingga 31 Januari ini.

Selepas membuat pembayaran, peserta perlu mendapatka­n resit pembayaran daripada juruwang, kemudian kepilkan resit itu bersama borang penyertaan yang diisi dengan maklumat lengkap serta satu soalan ringkas.

Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia Ronan Lee berkata, peserta boleh menghantar penyertaan mereka sama ada melalui juruwang 7-Eleven, meletakkan­nya dalam kotak pertanding­an atau hantar terus ke Jabatan Pemasaran 7-Eleven. “Hanya satu hadiah utama dan tujuh hadiah saguhati untuk dimenangi iaitu pemenang hadiah utama akan membawa pulang motosikal Yamaha FZ150i bernilai RM10,000 dan saguhati adalah telefon pintar Oppo 9Rs bernilai RM1,598.

“Kami sentiasa memberi ganjaran kepada pelanggan setia 7-Eleven dan ia selari dengan cogan kata kami iaitu Sentiasa Ada Untuk Anda,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Pelanggan 7-Eleven juga dapat menikmati promosi Ohsem Mondays dan penebusan hadiah eksklusif daripada kempen yang dilancarka­n baru-baru ini iaitu Justice League MAJIG yang masih berlangsun­g sehingga 5 Februari depan.

Ronan berkata, pihaknya sentiasa memandang positif dan teruja untuk menerima lebih banyak penyertaan

di samping memudahkan pelanggan untuk membayar bil utiliti di cawangan 7-Eleven.

 ??  ?? KEMPEN terbaru Pay & Ride di 7-Eleven tawar hadiah lumayan.
KEMPEN terbaru Pay & Ride di 7-Eleven tawar hadiah lumayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia