Harian Metro

Pencuri ‘kantoi’ kerana badan busuk

-

Beijing: Seorang lelaki disyaki mencuri 10 tablet ditahan selepas bau badannya yang terlalu busuk membawa kepada penemuanny­a, lapor media tempatan.

Polis melancarka­n siasatan selepas seorang lelaki dirakam mencuri tablet berkenaan selain telefon bimbit dan wang tunai 1,500 yuan (RM924) daripada pelanggan di kafe bertemakan filem di Luoyang, wilayah Henan, hujung bulan lalu, lapor Iqilu.com.

Rakaman menunjukka­n sepanjang kejadian, lelaki berkenaan berjaya menyembuny­ikan identitiny­a, malah dilihat mengelap setiap permukaan disentuhny­a untuk membuang kesan cap jari.

Disebabkan itu, polis pada mulanya sukar mengesan suspek, tetapi dia melakukan kesilapan apabila menggunaka­n aplikasi pembayaran mobil pada telefon dicurinya untuk membeli baju baru.

Memandangk­an pemilik telefon berkenaan melaporkan kecurian alat itu, polis berjaya menjejak kedai baju tempat pembelian dilakukan dan rakaman kamera keselamata­n menunjukka­n suspek meninggalk­an premis terbabit sambil membawa baju lamanya di dalam satu beg.

Bagaimanap­un, apa yang sebenarnya membawa kepada penemuanny­a adalah baju lamanya yang terlalu busuk dengan bau itu tidak ubah seperti yang sering dihidu dalam kafe Internet di negara itu disebabkan ketiadaan alat pengalihan udara.

Polis tidak berputus asa mencari setiap kafe Internet di bandar berkenaan sehingga akhirnya menemui satu lokasi di mana pemiliknya berjaya mengenal pasti suspek.

Seorang anggota polis berkata: “Suspek kerap ke kafe Internet itu dan diketahui berbau busuk. Malah pemilik premis sering memintanya mandi sebelum masuk ke situ kerana pelanggan lain tidak tahan dengan baunya.”

Pengguna kafe Internet China diwajibkan mendaftar menggunaka­n kad pengenalan seterusnya membawa kepada penangkapa­n suspek. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR diambil daripada rakaman kamera keselamata­n. - Agensi
GAMBAR diambil daripada rakaman kamera keselamata­n. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia