Harian Metro

Halang pesta kutuk

 Lima lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan adakan parti sejenis dianjur melalui aplikasi sembang

- Agensi

Polis di Cianjur, Jawa Barat menahan lima lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun yang mengadakan parti sejenis di sebuah vila, lewat kelmarin.

Dalam kejadian itu, polis siber menerima maklumat mengenai aktiviti berkenaan yang tersebar melalui aplikasi sembang LGBT susulan aduan orang ramai mengenai aktiviti luar tabii yang kerap berlaku di Cianjur termasuk membabitka­n golongan bapa, guru dan pelajar.

Ketua Polis Cianjur Soliyah ketika mengesahka­n perkara itu berkata, kumpulan berkenaan berkenalan melalui aplikasi sembang berkenaan dengan aktivti mereka dipantau selama sebulan sehingga sah merancang pertemuan dan berpesta, Sabtu lalu.

Pasukan siber kemudian memaklumka­n Unit Siasatan Jenayah dan serbuan dilakukan di Villa Green Apple Garden serta menemui lima lelaki terbabit berusia antara 16 hingga 50 tahun. Ada antara mereka dilaporkan sudah berkahwin dan berkeluarg­a.

“Ketika serbuan dilakukan, kumpulan itu tidak berpakaian. Mereka menjerit terkejut sebelum anggota kami melemparka­n baju untuk dipakai mereka. Buat masa ini, semuanya masih dalam siasatan.

“Siasatan awal mendapati lelaki berusia 50 tahun terbabit

Siasatan awal mendapati lelaki berusia 50 tahun terbabit dalang pesta yang dijadualka­n Sabtu lalu”

Soliyah

dalang pesta yang dijadualka­n Sabtu lalu. Malah, dia yang menyewa vila itu dan mengeluark­an duit berjumlah 1.5 juta rupiah (RM448) untuk menyewanya.

“Dia juga yang membuat semua persiapan termasuk membeli minuman keras. Perbuatann­ya amat terkutuk kerana turut mengheret seorang remaja bawah umur dalam aktiviti mereka,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK ditahan untuk
siasatan. - Agensi
SUSPEK ditahan untuk siasatan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia