Harian Metro

Salah bagi amaran cetus panik di Hawaii

-

Hawaii (Amerika Syarikat): Pelancong dan penduduk Hawaii semalam panik lebih setengah jam akibat amaran palsu mengarahka­n mereka berlindung kerana serangan peluru berpandu balistik yang dihantar secara tidak sengaja.

Amaran dihantar ke telefon bimbit mengatakan ‘ancaman peluru berpandu ke Hawaii. Cepat berlindung. Ini bukan latihan’ itu turut disusuli amaran kecemasan disiarkan rangkaian televisyen dan radio tempatan yang turut mengarahka­n orang ramai masuk ke dalam bangunan atau jika memandu, supaya menghentik­an kenderaan serta mencari perlindung­an.

Selama 38 minit selepas itu, dalam pada pihak berkuasa berusaha memperbaik­i keadaan, orang ramai dilaporkan meringkuk di dalam tab mandi atau garaj kediaman beramai-ramai sambil menangis dan berdoa.

Ada yang meletakkan anak mereka dalam longkang bawah tanah, manakala tidak kurang juga yang menghantar pesanan kepada orang tersayang mengucapka­n selamat tinggal.

Menurut pihak berkuasa, latihan rutin ketika pertukaran syif pada jam 8.05 pagi (waktu tempatan) secara tidak sengaja menyebabka­n amaran dicetus dua minit kemudian oleh seorang kakitangan Agensi Pengurusan Kecemasan Hawaii (HI-EMA).

Media sosial dipenuhi video, gambar dan kenyataan orang ramai mencari perlindung­an, malah wakil negeri Hawaii Matt LoPresti mengakui kepada CNN: “Saya duduk di dalam tab mandi bersama anak-anak dan kami semua tidak henti berdoa.”

Pelakon Jim Carrey juga berkata, dia menyangka hayatnya cuma tinggal 10 minit saja lagi. - Daily Mail

 ??  ?? PENDUDUK Universiti Hawaii bertempiar­an lari menyelamat­kan diri. - Reuters GAMBAR di media sosial menunjukka­n seorang bapa memasukkan anaknya ke dalam parit bawah tanah. - Daily Mail
PENDUDUK Universiti Hawaii bertempiar­an lari menyelamat­kan diri. - Reuters GAMBAR di media sosial menunjukka­n seorang bapa memasukkan anaknya ke dalam parit bawah tanah. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia