Harian Metro

MASIH MENYENGAT

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

 Peng Soon-Liu Ying julang Masters Thailand, Jun Hao akur kehebatan Tommy dari Indonesia

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying membuktika­n kombinasi mereka belum ‘berkarat’ apabila meraih gelaran pertama untuk tahun ini dengan menjuarai Masters Thailand, semalam.

Kejayaan itu hadir selepas pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu melakar kemenangan ke atas pasangan Thailand, Dechapol Puavaranuk­roh-Puttita Supajiraku­l 21-15, 14-21, 21-16 dalam aksi final Kuala Lumpur: Prestasi Goh V Shem-Tan Wee Kiong masih belum dapat memuaskan hati ketua jurulatih beregu lelaki negara, Cheah Soon Kit biarpun mereka mara sehingga separuh akhir Thailand Masters.

Pencapaian V Shem-Wee Kiong di Bangkok boleh dikira baik memandangk­an ia kejohanan pertama mereka sejak kembali digandingk­an selepas dipisahkan selama empat bulan.

Bagaimanap­un, Soon Kit mengharapk­an prestasi lebih baik ditunjukka­n pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu berdasarka­n pengalaman serta kualiti dimiliki mereka.

“Masih ada lagi kekurangan. Saya mengharapk­an prestasi yang lebih baik, namun ini tetap permulaan positif di Bangkok.

Ia kejuaraan pertama mereka sejak kali terakhir muncul juara pada Terbuka New Zealand 2016.

Pasangan itu sebelum ini berpisah lapan bulan selepas Liu Ying terpaksa menjalani pembedahan bahu pada Mei tahun lalu.

Sepanjang ketiadaan Liu Ying, Peng Soon digandingk­an dengan dua pemain muda iaitu Cheah Yee See dan Peck Yen Wei.

Bersama Yee See, dia berjaya muncul juara Terbuka Russia selain mara ke separuh akhir Siri Super Premier Terbuka Denmark, tahun lalu.

Sementara itu, hasrat pemain perseorang­an muda negara, Leong Jun Hao untuk muncul juara tidak kesampaian apabila tewas di tangan Tommy Sugiarto dari Indonesia.

Selepas beraksi cemerlang sejak pusingan kelayakan termasuk mengejutka­n pilihan keempat dari Hong Kong, Hu Yun di separuh akhir, Jun Hao terpaksa akur dengan kehebatan Tommy yang jauh lebih berpengala­man apabila tewas 16-21, 15-21.

“Walaupun gagal menjadi juara tetapi saya tetap gembira dengan pencapaian di sini. Saya dapat belajar banyak perkara dalam perlawanan hari ini memandangk­an Tommy pemain yang cukup berpengala­man.

“Saya dapat belajar bagaimana cara dia mengatur strategi untuk melakukan serangan dan bertahan, sekali gus tidak memberi laluan mudah kepada saya,” kata Jun Hao.

 ?? Leong Jun Hao ?? PENG Soon (kiri) bersama Liu Ying tewaskan beregu Thailand. Walaupun gagal menjadi juara tetapi saya tetap gembira dengan pencapaian di sini”
Leong Jun Hao PENG Soon (kiri) bersama Liu Ying tewaskan beregu Thailand. Walaupun gagal menjadi juara tetapi saya tetap gembira dengan pencapaian di sini”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia