Harian Metro

Taktik menjadi!

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Strategi serangan awal TNB kunci atasi KLHC

Ketua jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini Nasruddin mengakui strategi serangan awal menjadi kunci terhadap kejayaan skuad kendaliann­ya mengatasi Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 4-2 dalam aksi kedua Liga Perdana, semalam.

Jelas Nor Saiful, strategi itu jelas membuahkan hasil apabila mereka hanya memerlukan 10 minit untuk selesa mendahului KLHC 2-0 dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu sekali gus membunuh semangat lawan sejak awal permainan.

“Memang sejak dari awal kami mengamalka­n corak permainan menyerang kerana saya percaya setiap pasukan akan berdepan masalah untuk menyesuaik­an diri di awal permainan.

“Misi kami pada hari ini (semalam) berjaya apabila meraih dua gol awal sebelum membunuh semangat mereka menerusi gol ketiga. Bagi saya mana-mana pasukan sukar untuk bangkit daripada ketinggala­n 3-0.

“Cuma strategi ini sedikit memenatkan dan ia jelas kelihatan apabila pemain saya melepaskan dua gol di hujung permainan. Tetapi, saya berharap mereka sempat berehat Kuala Lumpur: Selangor membuktika­n mereka mempunyai pemain badminton remaja berkualiti selepas merangkul kejuaraan berganda lelaki dan wanita pada kejohanan sulung Liga Remaja Kebangsaan AirAsia-BAM apabila memenangi aksi final di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.

Skuad lelaki dan wanita mereka ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya menumpaska­n Pulau Pinang 3-0 dan Kedah 3-1.

“Saya berasa gembira apabila kejayaan yang diraih bukan hanya dari skuad lelaki, malah pasukan wanita untuk membuktika­n kami mempunyai pemain berkualiti di peringkat remaja,” kata ketua jurulatih Selangor, Danan Jaya.

Jelasnya, mereka bertekad untuk mempertaha­nkan kejuaraan pada edisi kedua kerana misi mereka adalah sentiasa memburu kejayaan.

“Saya gembira semua pemain untuk perlawanan Rabu ini,” kata Nor Saiful sejurus tamat aksi itu.

Sebaik suku pertama bermula, TNB mendominas­i permainan dan mengambil kesempatan di atas kelewatan KLHC menyesuaik­an diri untuk berada di depan menerusi penyudah pukulan sudut penalti Syed Syafiq Syed Cholan seawal minit kelima.

Lima minit kemudian giliran penyerang berusia 18 tahun Mohamad Akhimullah Anuar Esook menambah jaringan kedua TNB yang terhasil menerusi percubaan kilas yang gagal diselamatk­an penjaga gol Roslan Jamaluddin.

Ternyata kejutan awal itu menjadikan TNB lebih bersemanga­t dengan menambah dua gol menerusi Firhan Ashaari pada minit ke-18 dan Muhammad Shahril Saabah (48), masing-masing melalui jaringan padang.

Keghairaha­n TNB menambah jaringan akhirnya memakan diri sendiri apabila membenarka­n KLHC merapatkan kedudukan menerusi pemain import Korea Selatan, Jang Jonghyun yang meledak dua gol pukulan sudut penalti pada minit ke-51 dan 60, namun sudah terlambat.

Kemenangan terbabit menyaksika­n TNB bukan saja mengekalka­n kedudukan teratas Liga Perdana dengan enam mata tetapi juga berjaya dalam misi membalas dendam di atas kekalahan 1-2 kepada KLHC dalam aksi suku akhir Piala Tan Sri P Alagendra sebelum ini.

Seterusnya, TNB bakal berdepan pasukan adiknya, TNB Thunderbol­ts dalam aksi ketiga Rabu ini.

 ?? NUR ADIBAH AHMAD IZAM ?? PENJAGA gol TNB menyelamat­kan cubaan pemain KLHC di Stadium Hoki Bukit Jalil, semalam.
NUR ADIBAH AHMAD IZAM PENJAGA gol TNB menyelamat­kan cubaan pemain KLHC di Stadium Hoki Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia