Harian Metro

Dhaarma rindu kemudi Malaysian Tigers

-

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah menegaskan 2020 mungkin menjadi tahun terakhirny­a bersama Malaysian Tigress dan membayangk­an hasrat untuk kembali membimbing pasukan lelaki kebangsaan selepas itu.

Meskipun berhasrat untuk kembali menduduki jawatan yang kali terakhir disandangn­ya pada 2014, namun beliau menjelaska­n keputusan berkenaan bergantung sepenuhnya kepada Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC).

“Saya sempat bersama skuad lelaki hanya tujuh bulan dan ia memberi kesan terhadap kesihatan kerana selepas direhatkan saya menghadapi sindrom kemurungan.

“Namun, saya bernasib baik kerana MHC di bawah kepimpinan Datuk Seri Subahan Kamal memberi peluang untuk saya kembali mengemudi skuad wanita pada 2016, tetapi setakat ini saya belum lagi menemui semula diri saya yang lama seperti sewaktu membimbing skuad Projek 2013.

“Apapun, saya berharap suatu hari nanti semangat lama itu akan kembali untuk dibawa ke skuad wanita dengan saya menyasarka­n untuk membimbing mereka sehingga 2020.

“Selepas 2020 sasaran saya untuk kembali membimbing pasukan lelaki kebangsaan,” katanya pada sidang media pelancaran buku mengenainy­a yang bertajuk ‘Siapa datang, kita langgar!’ di sini, semalam.

Buku yang boleh dibeli dengan harga RM25 itu adalah sebuah naskhah yang menceritak­an pengalaman pengendali berusia 49 tahun itu bersama barisan Projek 2013 menempuh pelbagai cabaran sebelum bergelar empat pasukan hoki remaja terbaik dunia pada tahun berkenaan.

Dhaarma berharap menerusi penerbitan buku itu dapat menjadi pencetus inspirasi kepada pemain muda dan jurulatih di Malaysia.

“Untuk edisi pertama sebanyak 500 naskhah dicetak. Setakat ini ia mendapat sambutan hangat dan laris dengan ramai pemain serta kenalan saya berminat memilikiny­a.”

 ??  ?? DHAARMA menunjukka­n buku ‘Siapa datang, kita langgar!’.
DHAARMA menunjukka­n buku ‘Siapa datang, kita langgar!’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia