Harian Metro

Hoge ambil alih teraju Terbuka Sony

-

Angeles: Tom Hoge

merampas kedudukan sebagai pendahulu selepas pusingan ketiga Terbuka Sony semalam selepas pemain Jelajah PGA AS mengatasi perasaan panik berikutan amaran serangan peluru berpandu dan meneruskan saingan mereka di Hawaii.

“Sudah tentu, mendapat ancaman peluru berpandu dalam telefon anda, anda tidak tahu apa akan berlaku,” kata Hoge mengenai kebimbanga­n awal pagi itu.

Penerima amaran itu digesa mencari tempat perlindung­an dan lebih sejam setengah berlalu sebelum pihak berkuasa mengesahka­n amaran itu adalah satu kesilapan.

Namun Hoge, graduan daripada Jelajah Web.com berusia 28 tahun yang memburu kejuaraan sulung Jelajah

(gambar)

PGA AS, tidak menggambar­kan sebarang kebimbanga­n apabila dia melakukan pusingan tanpa bogey enam bawah par 64 di Waialae, Honolulu.

Catatan keseluruha­n 16 bawah par 194 meletakkan­nya satu pukulan di depan pendahulu semalaman Brian Harman, yang mencatat 68 dan Patton Kizzire yang melonjak dalam senarai pendahulu dengan 64 bagi 195.

Pemain Amerika Syarikat, Kyle Stanley berseorang­an di tangga keempat selepas 65 bagi 196 diikuti rakan senegarany­a Chris Kirk yang melakar 67 bagi 197.

Enam birdie Hoge termasuk tolakan masuk dari jarak 40 kaki di lubang ke-17. Dia meraih kedudukan pendahulu secara bersendiri­an dengan birdie dari buting pasir berdekatan green pada lubang ke-18 par-lima. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia