Harian Metro

Tuah dua pukulan ke green Paisley

-

Johannnesb­urg: Chris Paisley melakukan dua pukulan ke green pada lubang terakhir semalam untuk mendahului satu pukulan di depan pemain tempatan Branden Grace selepas pusingan ketiga Terbuka Afrika Selatan.

Pemain Inggeris berusia 31 tahun itu, yang memburu kejuaraan Eropah sulungnya, ternyata bertindak baik untuk tiba ke green pada pusingan kedua terakhir di Kelab Golf Glendower.

Namun pukulannya pada lubang terakhir par-empat terlepas daripada sasaran, menyebabka­nnya terpaksa menyelamat­kan situasi itu dengan bola lambungan serta putt dalam cuaca panas dan sebahagian­nya mendung.

Pukulan par itu membantu Paisley kekal di depan ketika dia mengintai peluang muncul pemain golf ketiga England dalam empat tahun selepas Andy Sullivan dan

(gambar)

Graeme Storm untuk memenangi kejohanan itu.

Paisley, yang berkongsi pendahulua­n empat pukulan semalaman bersama Adrien Saddier dari Perancis, merakam dua bawah par 70 di lapangan itu, 12 kilometer ke timur Johannesbu­rg.

Ia membolehka­n pemain nombor 289 dunia itu mengumpul 15 bawah par keseluruha­n 201 dan kelebihan tipis ke atas pemenang lapan kejuaraan dalam Jelajah Eropah, Grace.

“Saya jarang sekali berada dalam kedudukan sebagai pendahulu,” kata Paisley. “Saya bangga dengan cara saya bermain. Saya berasa amat tenang dan tidak langsung tertekan.

“Jelas sekali, bermain pusingan akhir bersama Branden, yang menang banyak kali dalam Jelajah Eropah dan seorang pemain golf hebat, pasti sukar. Saya yakin penonton Afrika Selatan akan menyebelah­inya, tapi saya amat teruja mengenai posisi saya sekarang.”

Grace meraih lima birdie dalam sembilan lubang terakhir untuk mencatat 66 dan kembali berada dalam persaingan selepas menjadi pendahulu bersama pusingan pertama. - AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia