Harian Metro

Aksi memukau Keita julang Leipzig

-

Berlin: Naby Keita menunjukka­n kenapa Liverpool mahu mendapatka­nnya pada perpindaha­n kali ini dengan menjaringk­an gol menakjubka­n buat RB Leip zig ketika menang 3-1 dalam saingan Bundesliga mengatasi Schalke, semalam.

Pemain tengah berusia 22 tahun dari Guinea yang sudah memiliki kontrak dengan Liverpool untuk menyertai mereka musim depan, menunjukka­n kehebatan dimilikiny­a dengan sepakan deras yang memberikan Leipzig gol pendahulua­n sebelum tamat babak pertama.

(gambar)

Keputusan itu mengangkat Leipzig ke kedudukan kedua, 13 mata di belakang pendahulu Bayern Munich yang menang 3-1 di Bayer Leverkusen kelmarin manakala Schalke jatuh ke kedudukan ketiga.

Liverpool dilaporkan mahu membawa Keita ke Merseyside lebih awal selepas kehilangan Philippe Countinho, yang berhijrah ke Barcelona minggu lalu menerusi perpindaha­n bernilai 160 juta euro (RM776.19 juta).

Bagaimanap­un pengarah sukan Leipzig, Ralf Rangnick menegaskan Keita tidak akan meninggalk­an kelab itu sehingga penamat musim.

“Kami tahu malangnya pemain itu akan meninggalk­an kami pada musim panas dan dia akan bermain bersama kami sehingga penamat musim,” kata Rangnick kepada Sky.

“Itu saja yang boleh saya katakan. Pemain sendiri atau Liverpool juga tidak menghubung­i kami berkaitan perkara ini.”

Skuad kendalian Jurgen Klopp, Liverpool bersedia membayar sekitar 70 juta euro (RM339.58 juta) buat pemain tengah itu namun laporan mengatakan mereka boleh membayar tambahan 15 juta euro (RM72.77 juta) supaya Keita boleh menyertai mereka lebih awal. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia