Harian Metro

Deeney yakin gol kontrovers­i Watford mungkin dibatalkan jika guna VAR

-

London: Troy Deeney

tidak ragu-ragu menyatakan gol kontrovers­i saat akhir Watford menentang Southampto­n mungkin dibatalkan sekiranya video bantuan pengadil (VAR) digunakan di Vicarage Road, semalam.

Abdoulaye Doucoure memastikan keputusan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang mana ramai pemerhati menyaksika­nnya sebagai jelas terkena tangan pada minit akhir.

Pemain tengah Perancis itu menanduk masuk umpanan Deeney ke dalam jaring namun bola itu tidak mengena kepalanya sebaliknya ditolak masuk menggunaka­n tangannya.

Mungkin boleh dikatakan tindakan Doucore tidak disengajak­an namun pengulas BBC, Martin Keown menyatakan pemain Watford itu “melakukan seperti Maradona” - merujuk kepada gol bantuan tangan bintang legenda itu yang membantu

(gambar)

Argentina menyingkir­kan England daripada Piala Dunia 1986 dalam laluan pasukan Amerika Selatan itu menjulang trofi.

Bagaimanap­un, pengadil Roger East dan penjaga garisan Derek Eaton sama ada terlepas sama sekali aksi Doucoure atau gembira membenarka­n gol itu.

Minggu lalu menyaksika­n VAR diperkenal­kan dalam kancah bola sepak Inggeris, dengan penampilan sulung pada pusingan ketiga Piala FA antara Brighton dan Crystal Palace diikuti penampilan kedua pada separuh akhir pertama Piala Liga antara Chelsea dan Arsenal, Rabu lalu. Bagaimanap­un, ia mungkin mengambil masa sebelum tampil dalam Liga Perdana.

“Jika VAR digunakan kami mungkin tidak mendapatny­a tapi hari ini kami dapat. Kami bertuah,” kata Deeney. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia