Harian Metro

NS fokus aspek taktikal, sesi latihan

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada sesi latihan yang sudah dirancang, skuad Negeri Sembilan membuat keputusan untuk tidak menyertai kejohanan Piala Super Asia 2018, yang dijadual berlangsun­g di Makassar, Indonesia, dari 19 hingga 21 Januari ini.

Pengurus pasukan, Datuk Mohamad Haslah Mohd Amin dalam kenyataan yang dikeluarka­n semalam, menjelaska­n keputusan itu diambil selepas mendapat pandangan daripada pihak pengurusan dan barisan kejurulati­han pasukan itu.

“Selepas mengambil kira pandang daripada pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dan barisan kejurulati­han, kami membuat keputusan skuad Liga Super Negeri Sembilan tidak akan menyertai jemputan pertanding­an Piala

(gambar),

Super Asia 2018.

“Pasukan Negeri Sembilan baru saja pulang dari sesi latihan dan perlawanan persahabat­an pramusim di Kemboja dan pihak kejurulati­han merasakan pasukan ini perlu bersedia lebih rapi dalam aspek taktikal dan set-piece.

“Sehubungan itu, latihan hanya akan diteruskan di Seremban seperti mana jadual yang sudah ditetapkan,” katanya di sini, semalam.

Mohamad Haslah berkata, bagi memastikan skuad bimbingan Jorg Steinebrun­ner bersama Mohd Asri Ninggal itu mendapat aksi persahabat­an yang kompetetif dalam usaha membina kekuatan baru dan mantap, pihaknya sudah mengatur tiga aksi persahabat­an sebagai ganti.

Beliau berkata, perlawanan itu membabitka­n pertemuan dengan Kedah, skuad bawah 19 tahun negara (B-19) dan Home United FC dari Singapura.

“Saya yakin tiga aksi persahabat­an ini nanti akan dapat membantu barisan kejurulati­han dalam usaha membentuk kekuatan pasukan yang mantap, menjelang saingan pembuka tirai Liga Super, 3 Februari ini,” katanya.

Sementara itu, katanya, pasukan Negeri Sembilan akan melancarka­n jersi baru bersama pihak penaja rasmi jersi terbabit iaitu syarikat Al-Ikhsan, pada 25 Januari ini.

“Saya harap pelancaran jersi baru ini nanti juga akan memberi nilai tambah dari aspek semangat dan komitmen pemain dalam misi menjulang nama pasukan musim ini, ” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia