Harian Metro

Tok Gajah cari keserasian

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

 Piala MB Terengganu medan ujian kemampuan

Kejohanan empat penjuru merebut Piala Menteri Besar Terengganu, bermula esok hingga 20 Januari, akan dijadikan gelanggang oleh Pahang untuk mencari keserasian, salah satu aspek yang perlu dipertingk­atkan menjelang sepak mula Liga Super pada 3 Februari depan.

Kejohanan yang turut disertai dua wakil tuan rumah, Terengganu FC 1 (TFC 1) dan Terengganu FC II (TFC II) serta Melaka United, juga bakal menjadi medan menguji pemain import bagi mengisi baki dua slot yang masih kosong.

Pemain pertahanan, Afif Amiruddin berkata kelemahan itu dikesan dalam tiga perlawanan persahabat­an di Bangkok, Thailand pada 4 hingga 10 Januari lalu sekalipun Pahang mencapai dua kemenangan dan kalah sekali.

Dalam siri kunjungan ke negara Gajah Putih itu, skuad bimbingan pemangku jurulatih, Ahmad Shahruddin Rosdi menewaskan dua kelab Thailand, Muangthong United B 3-1 dan Air Force Central 4-1 tapi tewas 0-1 kepada kelab dari Korea Selatan, Gyeongnam FC.

“Walaupun keputusan yang dicapai positif tapi persefaham­an sesama pemain masih longgar menyebabka­n kami melakukan banyak kesilapan.

“Kejohanan empat penjuru di Terengganu ini adalah medan terbaik untuk kami segera memperbaik­i kelemahan itu kerana masa semakin suntuk.

“Walaupun sekadar kejohanan jemputan namun saya melihat ia penting kepada semua pasukan sebagai persiapan terakhir sebelum bermula liga bulan depan.

“Sudah tentu setiap pasukan mahu menguji kemampuan sebenar dengan menurunkan barisan terbaik. Ia akan menjadi kayu pengukur sejauh mana pasukan itu sudah bersedia untuk menghadapi liga,” ujar Afif.

Pahang akan membuka cabaran menentang TFC 1, esok, disusuli Melaka United sehari kemudian dan diakhiri dengan TFC II pada 17 Januari dengan dua pasukan teratas akan bertemu di final pada 20 Januari.

Pada masa sama Afif menjangkak­an Pahang bakal memuktamad­kan pencarian dua pemain import selepas kejohanan ini dengan beberapa pemain berada dalam radar untuk diuji bagi mengisi posisi pertahanan dan serangan.

Semasa di Thailand, Tok Gajah menguji bekas pemain pertahanan Kuantan FA, Ljuba Baranin dari Serbia dan pemain kelahiran Sweden, Philip Hellquist, digandingk­an dengan Mohamadou Sumareh (Gambia), Safuwan Baharuddin (Singpura) dan Chan Vathanaka (Kemboja) yang sudah sah menjadi milik Pahang.

 ??  ?? AFIF (kiri) tongak pertahanan Pahang.
AFIF (kiri) tongak pertahanan Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia