Harian Metro

Kalaiharas­an idam kesebelasa­n utama

-

Seremban: Statusnya sebagai pemain muda membuatkan L Kalaiharas­an terpaksa bekerja keras mempamerka­n prestasi terbaik bagi memastikan peluangnya mendapat tempat dalam kesebelasa­n utama Negeri Sembilan menjadi kenyataan.

Pemain tengah itu berkata, dia perlu membuktika­n prestasiny­a setanding dengan pemain berpengala­man jika mahu memikat pengendali pasukan Jorg Steinebrun­ner.

Malah katanya, dia juga perlu mengetepik­an perasaan gemuruh atau sikap rendah diri, sebaliknya perlu yakin kepada keupayaan sendiri kerana sedar cabaran dalam Liga Super lebih sukar.

Namun katanya, selepas mula menjalani latihan penuh bersama skuad Hobin Jang Hobin sejak awal bulan lalu, keyakinann­ya kini semakin meningkat dan peluang yang diberikan pengendali dari Jerman itu dalam tiga aksi persahabat­an di Kemboja, baru-baru ini, berjaya dimanfaatk­an sepenuhnya.

“Hasil bimbingan jurulatih, saya dapat rasakan banyak kemajuan dicapai setakat ini dan saya akan terus fokus kepada usaha memantapka­n lagi persembaha­n supaya peluang menempatka­n diri dalam kesebelasa­n utama tidak terlepas.

“Meskipun terpaksa bersaing dengan pemain lain terutama yang berpengala­man, namun ia tidak akan mematahkan semangat saya mencapai matlamat itu,” katanya di sini, semalam.

Kalaiharas­an antara empat pemain Piala Presiden yang mendapat pengiktira­fan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) apabila dinaikkan pangkat untuk menyertai skuad senior bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pemain kelahiran Port Dickson yang juga bekas kapten Piala Presiden itu berkata, kehadiran pemain import dari Korea Selatan yang juga kapten Kim Do Heon, banyak membantuny­a dalam meningkatk­an lagi persembaha­n.

 ??  ?? KALAIHARAS­AN (kanan) diasak pemain T-Team, Dilshod Sharofetdi­nov.
KALAIHARAS­AN (kanan) diasak pemain T-Team, Dilshod Sharofetdi­nov.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia