Harian Metro

Bobby pulang bantu perkasa Ngap Sayot

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my Devinder Singh devinder@nst.com.my

Zainal yakin bawa pasukan kembali ke Liga Super

Zainal Abidin Hassan yakin beliau kini memiliki skuad lebih mantap berbanding musim lalu untuk meletakkan Pulau Pinang kembali ke posisi sewajarnya.

Zainal yang mengambil alih tugas jurulatih daripada Ashley Westwood pada pertengaha­n musim lalu, ketika Harimau Kumbang terperosok di dasar liga kini lebih bersedia untuk menunjukka­n kemampuan sebenar.

“Ketika saya mengambil alih pasukan ini musim lalu, tidak banyak yang mampu saya lakukan. Begitu pun saya mencuba sedaya upaya menyelamat­kan pasukan tapi ternyata sudah terlambat.

“Namun musim ini saya memiliki masa yang mencukupi untuk membentuk pasukan termasuk memilih pemain yang saya mahukan. Saya lebih bersedia serta yakin kami mampu mencapai matlamat untuk kembali ke Liga Super,” katanya.

Menurut Zainal, kehadiran beberapa pemain berpengala­man tempatan serta import yang menepati perancanga­nnya menyuntik keyakinan buatnya.

Pengalaman Norhafiz Zamani Misbah, Raimi Md Kuala Lumpur: Selepas dua kali membantu Sarawak dinaikkan pangkat ke kancah Liga Super, kepulangan Bobby Gonzales ke pasukan dengan jolokan Ngap Sayot itu buat kali ketiga diharap mencetus kejayaan yang sama musim ini.

Bekas penyerang kebangsaan itu menjaringk­an 15 dan 20 gol pada musim 2011 dan 2013 yang setiap kalinya membawa Sarawak kembali ke saingan tertinggi Liga Malaysia itu.

Selepas berkelana ke PKNS FC musim lalu, Bobby kembali menyarung jersi pasukan yang menghuni tangga tercorot Liga Super itu sebagai antara seorang daripada sembilan pemain baharu yang dipikat ketua jurulatih, Ian Gillan musim ini.

Bobby, 33, menyertai Benedict Martin dan penjaga Iqbal Suhaimi kembali Sarawak manakala muka baharu termasuk pemain tengah Serbia, Nebojsa Marinkovic, Sabre Mat Abu dan pemain naturalisa­si, Shazalee Ramlee.

Pasukan Sarawak tiba di Kuala Lumpur, Jumaat lalu dan menewaskan pasukan dari Liga Perdana, MISC-MIFA 2-1 dalam aksi persahabat­an di Bukit Jelutong, semalam dengan kedua-dua gol disumbangk­an Hairul Mokhtar.

Gillan berkata, pasukan kendaliann­ya secara perlahan-lahan mula meraih momentum menjelang aksi pembukaan Liga Perdana musim ini dengan menanti kunjungan Kuantan FA di Kuching, 2 Februari ini.

“Kami memberikan semua pemain tempoh 45 minit untuk bermain dan ia perlawanan yang bagus, kompetitif,” kata pengendali kelahiran Australia itu mengulas perlawanan menentang MISC-MIFA.

“Hairol menjaringk­an dua gol daripada sepakan sudut dan sepakan percuma Nebo dan sejujur-jujurnya, kami boleh menjaringk­an lima gol. Latihan yang hebat dan lebih kerja keras diperlukan bagi meningkatk­an skuad.”

 ??  ?? NORHAFIZ diharap mampu lonjak Pulau Pinang.
DOMINIC (kanan) bermain dengan JDT II musim ini.
NORHAFIZ diharap mampu lonjak Pulau Pinang. DOMINIC (kanan) bermain dengan JDT II musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia