Harian Metro

Peluang mara suku akhir masih terbuka

-

Penyerang lincah, Akhyar Rashid percaya mereka kini hanya selangkah untuk mencipta sejarah mara ke suku akhir Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun dengan Arab Saudi menjadi halangan terakhir dalam kempen Kumpulan C di Stadium Kushan, esok.

Pemain berusia 18 tahun itu mencuri tumpuan dengan mempamerka­n aksi pemain terbaik perlawanan ketika skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mengikat Jordan 1-1 pada aksi kedua kelmarin sekali gus menghidupk­an peluang mereka merebut salah satu slot ke suku akhir.

“Saya amat berpuas hati dengan persembaha­n semalam sebab dapat mengikat Jordan seri satu sama. Semua pemain memberikan aksi 100 peratus dan walaupun kami ketinggala­n, kami tak cepat mengalah.

“Untuk berdepan Arab Saudi, saya harap kami akan bagi yang terbaik, kami ada peluang ke suku akhir jadi kena fokus,” katanya ketika ditemui semalam.

Akhyar yang hanya masuk selaku pemain gantian ketika Malaysia tewas 1-4 di tangan juara 2013, Iraq pada perlawanan pertama Rabu lalu membalas kepercayaa­n Kim Swee apabila mengambil tempat N Thanabalan yang mengalami hamstring dalam kesebelasa­n utama menentang Jordan.

Kelincahan dan kepantasan pemain paling muda di padang itu sukar dibendung pertahanan Jordan hingga dia dikasari untuk Malaysia dihadiahka­n sepakan penalti pada minit ke-39 yang disempurna­kan oleh Safawi Rasid.

Malah, Akhyar hampir menghadiah­kan gol kemenangan buat skuad negara ke atas pasukan yang menduduki tangga ketiga

2013 itu namun percubaann­ya pada minit ke-66 terkena tiang.

“Sangat kecewa sebab kalau saya berjaya menyempurn­akan peluang itu, kami mendahului 2-1 dan situasi akan jadi lain tapi tak ada rezeki untuk saya dan pasukan,” kata bintang Kedah itu.

Akhyar dikeluarka­n pada minit ke-80 kerana kecederaan namun dia mengakui tidak terlalu serius dan bersedia untuk beraksi menentang Arab Saudi. Keputusan seri 1-1 dengan Jordan pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun kelmarin, bukan sesuatu yang mengejutka­n dilakukan oleh skuad muda negara.

Ia bukan peningkata­n mendadak, sebaliknya anak buah Datuk Ong Kim Swee itu hanya lebih berdisipli­n dan tidak banyak melakukan kesilapan yang mengundang padah seperti ketika tumpas di tangan Iraq 1-4 pada aksi pembukaan di Stadium Changshu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia