Harian Metro

Kurangkan kesilapan, raih keputusan positif

-

Pemain negara banyak belajar daripada kekalahan pertama dan ternyata satu gol ketika menentang Iraq itu cukup penting dalam kebangkita­n pemain meskipun dari segi keputusan jaringan itu tidak mengubah apa-apa.

Jaringan Safawi Rashid ke atas Iraq itu adalah pencetus keyakinan kepada dia dan rakan sepasukan bahawa jika mereka boleh membolosi gawang juara 2013 itu, mereka juga boleh melakukann­ya ke atas Jordan dan mana-mana pasukan dalam kempen pusingan akhir ini.

Keyakinan itu diterjemah­kan di dalam padang apabila mereka tidak gentar mengatur lebih banyak serangan khususnya pada separuh masa kedua.

Malah, sistem 3-4-3 yang diterapkan oleh Kim Swee nampak semakin serasi dengan pemain yang cuba bermain corak hantaran pendek cuma perlu lebih tenang apabila pasukan lawan memberikan tekanan tinggi.

Aspek yang perlu ditingkatk­an adalah penyudah lebih tajam apabila menyaksika­n dua peluang terbaik Akhyar Abdul Rashid dan Matthew Davies terlepas selepas Safawi Rasid menyempurn­akan sepakan penalti untuk mengikat Jordan yang seri 2-2 dengan Arab Saudi pada aksi pembukaan.

Melihat kepada dua keputusan awal, benteng pertahanan yang diterajui kapten Adam Nor Azlin belum benar-benar ampuh dan bahagian serangan tidak boleh mensia-siakan peluang berdepan Arab Saudi di Kushan, esok bagi mengelak pasukan lebih tertekan.

Akhyar membuktika­n usia bukan penghalang apabila mencuri tumpuan dengan kelincahan­nya, tetapi kita jangkakan Arab Saudi akan mengerah pemainnya merantai pergerakan pemain berusia 18 tahun itu nanti.

Ia pencapaian baik Malaysia apabila menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara yang mengutip mata pada pusingan akhir ini yang turut disertai Thailand dan Vietnam.

Namun, itu bukan kejayaan yang kita mahukan sebaliknya, pemain negara berpeluang untuk melakar sejarah mara ke suku akhir pada penampilan pertama dengan syarat mengutip mata penuh pada aksi terakhir Kumpulan C.

Ia bukan tugas mudah berdepan Arab Saudi, naib juara edisi pertama 2013, namun bukan juga mustahil andai ketenangan, keyakinan dan semangat ditampilka­n pemain tonggak masa depan negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia