Harian Metro

Risiko kemalangan

- Mohd Latif Ahmad am@hmetro.com.my

 Papan tanda amaran tapak pembinaan jalan dicuri

Kontraktor projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini berdepan masalah kecurian pelbagai aksesori dan papan tanda amaran jalan di kawasan tapak pembinaan, sekali gus bakal mengundang risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya.

Antara aksesori dan papan tanda amaran yang menjadi sasaran pencuri adalah lampu berkelip, penghadang plastik dan papan tanda yang berkaki aluminium atau besi.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) negeri Davina Agnes Enteli berkata, masalah itu berlaku di sesetengah kawasan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo selepas pihaknya menerima aduan kontraktor.

Menurutnya, projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang berhadapan masalah itu berlaku serius di laluan Jalan Kuching-Serian.

Katanya, pihaknya bimbang sekiranya masalah itu tidak dibendung, ia bakal menjadi punca kurangnya aspek keselamata­n di laluan berkenaan yang akhirnya mengundang risiko kemalangan jalan raya.

“Aksesori dan papan tanda amaran yang diletakkan untuk keselamata­n pemandu kenderaan di sesetengah laluan pembinaan Lebuh raya Pan Borneo sering dicuri dan setiap kali diganti, ia hilang semula.

“Laluan (Jalan Kuching-Serian) ini mendapat banyak aduan daripada pengguna jalan raya mengenai aspek keselamata­nnya yang kurang memuaskan, terutama pada sebelah malam,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dalam pada itu, Davina berkata, pihaknya mengingatk­an kontraktor yang melaksanak­an projek Lebuhraya Pan Borneo, khususnya di laluan trafik yang aktif supaya sentiasa mematuhi Pelan Pengurusan Trafik.

“Aduan lain yang sering didengar adalah mengenai penjaga lalu lintas atau ‘flag man’ yang tidak mahir.

“Mereka (flag man) sebenarnya sudah diberi latihan oleh polis mengenai cara mengawal lalu lintas, namun agak sukar juga bagi mereka melaksanak­annya terutama di laluan pembinaan yang berisiko (trafik aktif),” katanya.

 ??  ?? LALUAN Jalan Kuching-Serian yang sering bermasalah.
LALUAN Jalan Kuching-Serian yang sering bermasalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia