Harian Metro

‘Hisap syabu tahan lama tangkap ikan’

-

Kota Belud: Hisap syabu untuk tahan lama ketika menangkap ikan di laut. Itu alasan diberikan dua lelaki yang bekerja sebagai nelayan ketika ditahan pasukan polis dalam Op Taring di Kampung Padang Pulau Mantanani, dekat sini, kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 41 dan 48 tahun ditahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16, jam 1.30 tengah hari. Suspek dipercayai baru saja selesai menghisap syabu sebelum ditahan anggota PGA.

Ketika ditahan, kedua-dua suspek memberi alasan menghisap syabu untuk tahan lasak kerana bekerja sebagai nelayan.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superinten­dan, Mohd Zaidi Abdullah berkata, pasukan anggota PGA terserempa­k dengan dua lelaki yang dilihat dalam keadaan mencurigak­an di hadapan sebuah pondok kecil di kampung itu.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap tubuh suspek, polis menemui dua paket plastik kecil lut sinar berisi ketulan kristal disyaki syabu yang disembunyi­kan dibahagian belakang pinggang seluarnya.

“Dadah seberat 0.5 gram itu dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, pemeriksaa­n terhadap suspek kedua tidak menemui objek salah, namun pemeriksaa­n air kencing kedua-duanya positif syabu.

“Kedua-dua suspek ditahan serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seskyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ?? KEDUA-dua suspek ditahan kerana didapati positif dadah.
KEDUA-dua suspek ditahan kerana didapati positif dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia