Harian Metro

PETROS eksploitas­i peluang operasi O&G

-

Miri: Petroleum Sarawak (PETROS) sebagai pemilik serta penyelia sumber minyak dan gas (O&G) milik kerajaan negeri dijangka menjadi pemain utama industri itu di negara ini dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, pihaknya memastikan PETROS berupaya mengeksplo­itasi peluang dalam industti O&G sepanjang ia beroperasi.

“Tunggu dua tahun lagi, PETROS akan membuat penyertaan aktif dalam industri minyak dan gas negara ini,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Pewakilan Cawangan Parti PBB Zon 10, di sini, semalam.

PETROS ditubuhkan kerajaan negeri pada Ogos tahun lalu yang bertujuan membolehka­n kerajaan negeri terbabit secara langsung dalam industri O&G negara.

November lalu, Pengerusi PETROS Tan Sri Hamid Bugo dilaporkan berkata, syarikat itu memulakan operasi sepenuhnya bemula suku tahun ini.

Dalam pada itu, selepas mesyuarat berlangsun­g semalam, Abang Johari turut meluangkan masa melawat mangsa kejadian tanah runtuh di Dewan Serbaguna Kampung Lereng Bukit di sini.

Tujuh keluarga yang terjejas di kampung itu turut menerima bantuan wang daripada Persatuan Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) yang disampaika­n isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

 ??  ?? ABANG Johari (lima dari kanan) menerima cenderahat­i selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali Cawangan PBB Zon 3 di Kuching.
ABANG Johari (lima dari kanan) menerima cenderahat­i selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali Cawangan PBB Zon 3 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia