Harian Metro

Pak Arab pelik lihat aksi kutip kerang

- Penulis Pelajar Universiti Alexandria, Mesir

Musim mengutip kerang kini kembali lagi apabila daerah kecil Damietta atau Dumyat di Mesir menjadi destinasi popular dalam kalangan pelajar Malaysia untuk menikmati kerang bakar.

Lokasi itu sememangny­a terkenal dengan bilangan kerang yang banyak, besar dan segar serta ia bermula pada akhir Disember sehingga akhir Januari. Kerang di Dumyat tiada sepanjang tahun, namun kemuncakny­a pada musim sejuk. Malah, kesempatan itu digunakan pelajar Malaysia untuk mengunjung­i Dumyat minggu lalu.

Langkah kami dari Alexandria ke lokasi itu bermula tepat jam 7 pagi yang mengambil masa dua jam menggunaka­n dua van yang ditempah ke lokasi yang pertama kali kami kunjungi.

Sepanjang perjalanan ke

Dumyat, kami disajikan dengan pemandanga­n ladang kurma, gandum dan kebun buah-buahan. Agak menarik, apabila melihat petani membanting tulang mencari sesuap rezeki pada waktu pagi. Perjalanan ini juga memberi peluang kepada kami melalui jambatan yang di bawahnya mengalir Sungai Nil yang menampilka­n pemandanga­n yang cukup indah lagi nyaman.

Setibanya di Dumyat, kami dibawa ke Ras El-Bahr yang juga tempat pertemuan di antara

Sungai Nil dan Laut

Mediterran­ean.

Sungguh memukau melihat kebesaran Allah SWT. “Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir ; yang satu tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalang­i.” Al-Furqaan: 53

Siapa sangka pertemuan antara laut dan sungai itu tidak langsung bercampur antara satu sama lain. Ada ulama yang menyebut di situ tempat bertemunya Nabi Musa dan Nabi Khaidir.

Dari Ras El-Bahr juga, kami dapat melihat kapal melalui Terusan Suez iaitu sebuah pelabuhan terbesar Mesir yang sering dibaca dalam buku Sejarah pada zaman sekolah dulu yang akhirnya dapat dilihat di depan mata.

Dalam tempoh 15 minit, kami tiba di pantai Dumyat yang berbeza dengan pantai di Alexandria. Pantainya cukup luas dan lapang, selain pasirnya tidak terlalu halus dan berwarna gelap. Paling penting, pantai Dumyat tidak terlalu sesak dengan orang ramai.

Tanpa berlengah, kami berlari ke pantai sambil membawa beg plastik, baldi dan guni bagi meneruskan meneruskan misi mengutip kerang yang rata-rata kami tidak pernah mengutip kerang seumur hidup. Kerang ini bukan saja boleh dikutip di tepi pantai, malah juga di dalam laut.

Hakikatnya, bukan mudah untuk mencari kerang kerana perlu melihat kerang yang bergolek dan tidak terbuka di

Sebenarnya, kegembiraa­n kami mengutip kerang rupa-rupanya menimbulka­n kehairanan serta rasa pelik penduduk setempat dan orang Arab yang sebenarnya tidak makan kerang yang dianggap pelik, selain bercengker­ang keras.

Sebab itu, kami tidak pernah dapat membeli kerang di pasar Alexandria berbeza di Malaysia, kerang adalah antara hidangan lazat yang bukan saja boleh direbus atau di bakar, malah sangat enak dibuat sambal.

Alhamdulil­lah, misi kami berjaya apabila kira-kira 20 kilogram kerang dapat dikutip dalam tempoh dua jam di pantai itu sebelum kerang itu dibakar dan sama-sama menikmati keenakanny­a.

Tambah menyelerak­an, apabila kerang itu dicicah bersama sos cili menjadikan pengalaman mengutip kerang ini sungguh berharga. Bukan itu saja, hidangan kerang itu dijamah dengan nasi goreng dan sandwic telur yang dibawa dari rumah.

Malah, lebihan kutipan kerang yang dikutip secara percuma dibawa pulang ke Alexandria untuk dimasak dan ada juga yang menjualnya kepada pelajar Malaysia di Alexandria.

Bagi kami, kunjungan ke

Dumyat adalah pengalaman istimewa yang cukup berharga. Bagi pelajar Malaysia di Mesir, Dumyat perlu menjadi destinasi yang wajib dikunjungi sebelum kembali ke Malaysia nanti.

 ??  ?? dalam laut dan mengutipny­a.
Apa yang pasti, kerang di Dumyat sangat besar, kira-kira tiga kali ganda saiz kerang yang kita makan di Malaysia. Secara tiba-tiba terdetik di fikiran betapa sukarnya orang yang mengutip kerang serta menjualnya demi sesuap...
dalam laut dan mengutipny­a. Apa yang pasti, kerang di Dumyat sangat besar, kira-kira tiga kali ganda saiz kerang yang kita makan di Malaysia. Secara tiba-tiba terdetik di fikiran betapa sukarnya orang yang mengutip kerang serta menjualnya demi sesuap...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia