Harian Metro

MATI DIPUKUL SUAMI CEMBURU

- Farah Suhaidah Othman am@hmetro.com.my

Angkara cemburu, seorang lelaki sanggup memukul isterinya hingga mati di sebuah rumah di Matang Road, Matang di sini.

Mangsa, Noor Waheedah Abd Wahid, 38, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat trauma tumpul di kepala pada jam 9.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, pihaknya menerima laporan daripada suspek yang berusia 40 tahun pada 9.15 pagi memaklumka­n isterinya cedera dan tidak sedarkan diri selepas memukul mangsa.

Katanya, pergaduhan itu dipercayai berlaku pada waktu malam Khamis lalu.

Beliau berkata, susulan keadaan Noor Waheedah yang tidak sedarkan diri, mangsa dibawa ke Hospital Taiping dengan ambulans sebelum dirujuk ke HRPB untuk pemeriksaa­n lanjut pada hari sama.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat daripada suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan rapat dengan lelaki lain.

“Pemeriksaa­n di HRPB mendapati mangsa disyaki mengalami pendarahan dalam otak sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam semalam (kelmarin),” katanya.

Mohamad berkata, bedah siasat pada pagi semalam mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul.

“Susulan kejadian itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan direman hingga esok (hari ini) untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanap­un, tempoh sambung reman suspek dijangka dipohon esok (hari ini) untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NOOR Waheedah
NOOR Waheedah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia