Harian Metro

KORBAN GUNUNG

GAUNG TAGIH NYAWA SESAK NAFAS ATAS PUNCAK

- Mohd Azam Shah Yaacob dan Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

“Ayah memang aktif dalam aktiviti luar termasuk menunggang motosikal berkuasa tinggi serta mendaki gunung.

“Cuma kami tidak menyangka pendakian Gunung Nuang kelmarin adalah pendakian terakhirny­a,” kata Aliff, 17, anak sulung Allahyarha­m Azlan Yahya, 47, ahli perniagaan yang maut selepas terjatuh dari ketinggian 100 meter ketika mendaki Gunung Nuang, Hulu Langat kelmarin. Ketika kejadian, arwah Azlan bersama beberapa rakan lain dalam perjalanan turun dari puncak Gunung Nuang yang berketingg­ian 1,498 meter selepas bermalam di puncak.

Semua mereka berada di puncak sejak malam Jumaat sebelum turun keesokan harinya, Sabtu.

Namun ketika melalui satu laluan dipercayai curam akibat hujan, mangsa dipercayai tergelinci­r dan terjatuh ke dalam gaung, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Mangsa yang ditemui kira-kira enam jam perjalanan dari kaki gunung dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Rakan lain kemudian membuat laporan polis sebelum gerakan menyelamat mangsa dijalankan sepasukan anggota bomba dan penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan rakan pendaki yang lain.

Menurut Aliff, sudah menjadi kelaziman setiap kali menjalanka­n aktiviti luar, ayahnya akan berpesan supaya dia menjaga dua adik berusia 11 tahun dan 12 tahun serta ibunya jika terjadi kejadian tidak diingini.

“Pesanan itu memang seringkali diucapkan, jadi saya memang tak sangka dan terkejut apabila ibu memaklumka­n ayah terjatuh gaung mendaki Gunung Nuang dan meninggal dunia.

“Terus terang saya masih terkejut dan tak tahu nak cakap atau

buat apa,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumahnya di Taman Bukit Palma, Kemensah, Hulu Klang, semalam.

Sementara itu, rakan mangsa yang mahu dikenali sebagai Zul, 36, berkata, dia menerima berita mengenai kejadian seorang pendaki terjatuh di Gunung Nuang dan tergerak hati untuk memaklumka­n kejadian itu kepada arwah Azlan kerana mereka kerap bersama mendaki gunung berkenaan, tetapi tidak menyangka pula yang terbabit dalam kejadian itu adalah Azlan.

Jenazah dijangka dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Hulu Klang sebaik dituntut.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN penyelamat yang terbabit dalam usaha membawa turun jenazah Azlan (gambar kecil).
PASUKAN penyelamat yang terbabit dalam usaha membawa turun jenazah Azlan (gambar kecil).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia