Harian Metro

5 tahun selongkar 'makanan sampah'

 Lelaki datang cari kerja di ibu kota terpaksa selongkar tong sampah cari makan

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

“Dah lima tahun saya isi perut dengan kutip makanan dari dalam tong sampah selain harapkan sumbangan NGO,” kata seorang gelandanga­n yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 49.

Dia yang berasal dari Seberang Prai, Pulau Pinang itu memaklumka­n datang ke ibu kota sejak tujuh tahun lalu bagi mencari kerja.

“Sebelum ini, saya ingatkan mudah untuk mendapat kerja di Kuala Lumpur. Namun selepas beberapa bulan datang ke sini, saya masih menganggur menyebabka­n saya terpaksa membuat pelbagai kerja termasuk menjadi pembantu kedai makanan.

“Bagaimanap­un, gaji yang diberikan hanya RM50 sehari menyebabka­n saya terpaksa tinggal di kaki lima memandangk­an tidak mampu untuk membayar sewa bilik,” katanya ketika ditemui di kaki lima Jalan Hang Lekiu di sini, semalam.

Faizal juga mengakui pernah mengambil sisa makanan dari tong sampah akibat terlalu lapar kerana seharian tidak makan disebabkan tidak mempunyai wang.

“Ada kalanya saya tidak bekerja kerana tidak sihat menyebabka­n saya terpaksa mengutip sisa makanan sementara menunggu makanan diberikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Sebelum ini, saya pernah terfikir untuk balik ke kampung namun saya tidak mahu pulang dalam keadaan begini kerana malu dengan ahli keluarga memandangk­an mereka tidak mengetahui saya hidup sebagai gelandanga­n di sini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi gelandanga­n yang hanya mahu dikenali sebagai Kassim, 33, berkata, hidupnya menjadi hilang arah selepas dibuang ahli keluarga.

“Saya terpaksa keluar dari rumah akibat konflik keluarga yang tidak menyukai saya menyebabka­n saya berpindah ke Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.

“Namun, saya sama sekali tidak menyangka bahawa kehidupan di sini amat sukar kerana sepanjang tempoh ini saya tidak ada kerja tetap dan bergantung kepada makanan diberikan NGO,” katanya yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Katanya, dia tidak dapat bekerja sejak setahun lalu kerana kecederaan kaki dialaminya akibat terjatuh longkang sebelum ini menyebabka­n dia sukar berjalan.

“Sekarang ini, pergerakan saya terhad dan bergantung kepada orang lain untuk mendapatka­n bekalan makanan diberikan oleh NGO.

“Disebabkan masalah itu juga, saya terpaksa tidur di kawasan ini saja walaupun sudah ramai rakan gelandanga­n lain berpindah ke kawasan baru,” katanya.

Mereka antara gelandanga­n yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Menyelamat­kan Rakan Jalanan yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur, semalam.

Saya sama sekali tidak menyangka bahawa kehidupan di sini amat sukar kerana sepanjang tempoh ini saya tidak ada kerja tetap dan bergantung kepada makanan diberikan NGO”

Kassim Saya pernah terfikir untuk balik ke kampung, namun saya tidak mahu pulang dalam keadaan begini kerana malu dengan ahli keluarga kerana mereka tidak tahu saya hidup sebagai gelandanga­n”

Faizal

 ??  ??
 ??  ?? GELANDANGA­N yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Menyelamat­kan Rakan Jalanan yang dilakukan JKM Kuala Lumpur dibawa ke Pejabat Penguat Kuasa DBKL untuk proses dokumentas­i.
GELANDANGA­N yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Menyelamat­kan Rakan Jalanan yang dilakukan JKM Kuala Lumpur dibawa ke Pejabat Penguat Kuasa DBKL untuk proses dokumentas­i.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia