Harian Metro

'Balikiah nyah ke pangkal jalan'

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Walaupun secara realitinya dilahirkan sebagai lelaki, naluri wanita lebih kuat menyebabka­n ada mak nyah sedia melayan lelaki hidung belang dengan bayaran cukup rendah antara RM10 hingga RM12 sahaja.

Ia diakui sendiri bekas mak nyah, Mohd Bakri Abu Bakar, 55, yang pernah melalui situasi sedemikian kerana ketika itu paling penting adalah kepuasan diri.

Dia yang sebelum ini dikenali sebagai Kak Jun dalam kalangan mak nyah kembali ke pangkal jalan selepas lebih 25 tahun terjebak dalam dunia gelap itu.

Anak kelima daripada lapan beradik itu berkata, naluri wanita bermula sejak dia kecil kerana gemar bermain bersama rakan perempuan.

“Saya suka main masak-masak dengan kawan perempuan dan ketika itu hanya sekadar suka-suka, tetapi hingga pada satu tahap menyebabka­n saya berasa seorang perempuan selain memang suka berpakaian cantik.

“Naluri itu semakin kuat apabila saya remaja dan berada di tingkatan empat, saya mula keluar rumah untuk mencari keseronoka­n bersama rakan yang sama perwatakan kerana ketika itu keluarga seolah-olah tidak faham apa yang dialami.

“Waktu itu, saya anggap kawan-kawan adalah keluarga dan disebabkan sering keluar, saya mula berjumpa golongan mak nyah di lorong dan tertarik untuk menjadi sebahagian daripada mereka sebab dapat berpakaian cantik,” katanya yang berasal dari Pahang.

Dia yang kini lebih mesra dengan panggilan Che Mat berkata, dia tidak menyangka apabila berpakaian cantik menyebabka­n ada pihak sanggup membayar sehingga menyebabka­nnya terjerumus dalam gejala tidak sihat.

“Saya tidak tahu melayan lelaki boleh dijadikan sumber pendapatan, tetapi disebabkan naluri wanita yang ada selain keadaan waktu itu menyebabka­n saya terjebak dan menerima bayaran antara RM10 hingga RM12 setiap kali memberi ‘perkhidmat­an’.

“Bayaran diterima tidak setinggi mana, tetapi ia cukup membuatkan saya puas,” katanya yang sudah dua kali menunaikan umrah pada 2013 dan 2016.

Ketika ditanya punca dia berubah, Che Mat berkata, kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan kerana kuasa Allah dan berlaku ketika dia berusia 46 tahun.

“Saya tidak dapat jawab mengapa saya berubah. Apa yang boleh saya cakap, Allah SWT yang menggerakk­an hati saya untuk berubah walaupun tidak mudah untuk berubah kerana dugaannya cukup hebat.

“Bagaimanap­un, bantuan orang sekeliling termasuk ustaz dan doktor yang sentiasa membimbing serta memberi sokongan membawa saya kembali ke jalan yang benar.

“Pernah terbabit dalam kegiatan tidak bermoral membuatkan saya sedar dan ingin nasihatkan golongan muda supaya jangan mula bertapak dalam dunia mak nyah ini kerana susah untuk kembali serta banyak dugaannya jika sudah terjebak.

 Bekas mak nyah kembali ke pangkal jalan selepas 25 tahun bergeluman­g noda

“Saya anggap ia pengalaman hidup saya kerana bukan semua orang diuji seperti ini. Doakan saya terus istiqamah kerana dugaan cukup hebat,” katanya yang kini berniaga roti canai di Kuantan, Pahang.

Che Mat berkata, masyarakat terutama keluarga terdekat mak nyah perlu memainkan peranan penting jika mempunyai anak atau ahli keluarga yang baru berjinak atau terbabit dengannya.

“Jangan terlalu memaksa, mendesak atau membuang mereka sebaliknya dekati mereka dan terus menyokong mereka agar mereka tidak terpinggir hingga terus bergeluman­g dalam dunia gelap itu,” katanya.

Dia turut meluahkan perasaan kecewanya dan terkilan kerana ibu bapanya tidak sempat melihatnya berubah sebelum mereka meninggal dunia.

“Arwah bapa meninggal dunia pada 1996 ketika saya masih remaja manakala saya kehilangan ibu pula ketika berusia 40 tahun.

“Saya sedih sebab mereka terutama ibu kerana tidak dapat lihat saya berubah, tetapi bersyukur kerana kini hubungan saya dan ahli keluarga yang lain semakin rapat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia