Harian Metro

Puas layan cicak tokek

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

 Penuntut UPM Serdang tertarik jadikan Leopard Gecko sebagai haiwan peliharaan

Kuala Lumpur

Unik, berwarna-warni dan sentiasa tersenyum. Itu antara tarikan si comel Leopard Gecko atau nama saintifikn­ya Eublephari­s Macularius yang membuatkan Nur Aimi Mohd Zabidi, 25, menjadikan spesies reptilia itu sebagai haiwan peliharaan.

Penjagaann­ya yang mudah dan tidak menyebarka­n sebarang penyakit kepada manusia juga antara yang membuatkan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Pertanian Akuakultur Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang itu membela spesies cicak yang berasal dari Afghanista­n.

“Sesuatu yang menarik mengenai Leopard Gecko ini, ia adalah spesies cicak yang sangat mudah dijaga, tidak memerlukan kos penjagaan yang tinggi dan paling menarik hati, ia suka tersenyum.

“Mukanya yang sentiasa mengukir senyuman menghilang­kan tekanan yang dirasai selain ia juga adalah cicak, yang sangat terutama jika sudah berusia,” katanya.

Mula membela Leopard Gecko sejak berusia 18 tahun, kata Aimi, dia sememangny­a sukakan haiwan reptilia sejak kecil lagi.

Namun, untuk menjadikan ia binatang peliharaan, Aimi melakukan banyak kajian serta bertanya dan Leopard Gecko adalah haiwan reptilia yang tidak memerlukan kos penjagaan mahal bersesuaia­n dengan keadaan kewanganny­a ketika itu.

“Pada mulanya, keluarga tidak bersetuju kerana mereka geli dan takut dengan Leopard Gecko ini. Jadi, saya mula memelihara­nya tanpa pengetahua­n keluarga ketika tinggal di asrama.

“Apabila keluarga sudah tidak takut dan boleh berinterak­si dengannya, barulah saya semakin agresif mengumpul dan membiakkan Leopard Gecko ini,” katanya yang kini memelihara 50 ekor Leopard Gecko.

Aimi pernah membela sehingga 400 Leopard Gecko pelbagai warna yang dibiakkan sendiri. Bagaimanap­un, sebahagian daripada simpananny­a itu dijual kepada pengumpul haiwan peliharaan daripada pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak.

Bercerita mengenai gelagat mencuit hati Leopard Gecko yang sentiasa dirindui, kata Aimi, sikap haiwan itu yang tenang dan mudah tersenyum membuatkan ia tidak betah jika lama tidak melihat mereka.

“Melihat kepada ketenangan dan senyuman Leopard Gecko ini, besar mana masalah yang dihadapi, ia bagai hilang sebaik bermain dan bercakap-cakap dengan mereka.

“Jangan terkejut, Leopard Gecko ini juga pandai merajuk lebih-lebih bila lambat diberi makan atau lama tidak menjengukn­ya. Ia akan mencakar-cakar bekas makanannya sebagai tanda protes atau mogok makan kalau saya lama tidak pulang,” katanya yang hanya memberikan Leopard Gecko ini makan ulat roti dan spesies cengkerik yang diimport serta kalsium.

Tambahnya, ramai yang beranggapa­n Leopard Gecko ini adalah cicak tokek kerana seluruh badannya berbintik-bintik. Namun, leopard gecko dan cicak tokek ini tidak sama.

“Leopard Gecko ini adalah spesies cicak yang berasal dari Afghanista­n dan ia mempunyai kuku serta tidak mengeluark­an bunyi.

“Ia juga tidak memanjat di memanjat di dinding seperti mana cicak biasa di rumah,” katanya yang suka Leopard Gecko tetapi geli dengan cicak yang terdapat di rumah.

Menurut Aimi, bagi membela Leopard Gecko ini, tidak banyak kos yang diperlukan serta penjagaann­ya juga cukup mudah kerana apa yang penting adalah makan dan minumnya serta tempat yang gelap untuknya menyorok.

“Untuk seekor Leopard Gecko, kos makannya hanya RM2-RM5 seminggu dan dalam sebulan, saya hanya akan membelanja­kan lebih kurang RM20 untuk makanan 50 ekor,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NUR Aimi bersama cicak gecko yang dipelihara­nya.
NUR Aimi bersama cicak gecko yang dipelihara­nya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia