Harian Metro

Panik lari ikut kawan

 Penunggang motosikal cedera terlanggar batu berhampira­n sekatan polis

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

“Saya tak mahu berpisah dengan rakan jadi saya lari dari sekatan polis tetapi terlanggar batu dan terjatuh,” itu alasan penunggang motosikal berusia 19 tahun yang cedera di mulut dan hidung selepas melarikan diri dari sekatan polis awal pagi semalam.

Kejadian jam 1 pagi itu menyebabka­n lelaki terbabit dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatka­n rawatan.

Menurutnya, dia terlalu takut selepas rakan lain melarikan diri menyebabka­n Komisioner nya berbuat demikian walaupun mempunyai lesen serta cukai jalan sah.

“Ketika ternampak sekatan jalan raya, kawan-kawan semua melarikan diri menyebabka­n saya turut sama berbuat demikian namun terlanggar batu dan terjatuh berhampira­n sekatan itu,” katanya di sini, semalam.

Dalam operasi yang diadakan di Kilometer 11.6, Lebuhraya Persekutua­n menghala Kuala Lumpur di sini, remaja 14 tahun turut ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Dia yang menunggang motosikal Lagenda 110 ZR mendakwa baru pulang dari tempat kerja di Dataran Kemerdekaa­n sebagai penjual air.

“Saya mahu pulang ke rumah di Padang Jawa tetapi ada sekatan jalan raya menyebabka­n saya ditahan,” katanya.

Dia mendakwa ibu bapanya sudah bercerai dan kini tinggal bersama bapanya manakala tiga adik lain pula mengikut ibunya.

“Ibu hanya kerja sebagai kerani dan terpaksa menanggung tiga adik lain. Jadi saya cari duit pada Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan menjual air di sini,” katanya.

Dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan mulai jam 1.30 pagi dan berakhir 3.30 pagi, 106 saman POL 257 dikeluarka­n. Operasi yang dilakukan 66 anggota dan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam diketuai Pegawai Penguat kuasa Trafik, Inspektor Mohd Nazli Nordin serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut menyita 57 motosikal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Shafien Mamat berkata, saman itu dikeluarka­n kepada penunggang motosikal yang berusia antara 15 hingga 27 tahun.

Beliau berkata, 57 pemilik motosikal yang disita itu dibawa ke IPD Shah Alam untuk siasatan lanjut.

“Daripada 106 saman yang dikeluarka­n, 56 saman adalah tidak memiliki lesen, nombor plat tidak mengikut spesifikas­i (19), salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM) (16), tiada cermin sisi (8), tidak mempamerka­n cukai jalan (3), tiada pelekat L dan P (2) serta masing-masing satu bagi lesen tamat tempoh dan ubah suai ekzos,” katanya.

Dalam pada itu Shafien berkata, lelaki berusia 20 tahun turut ditahan selepas didapati menunggang motosikal curi, Modenas CT115S merah.

“Lelaki itu didapati menunggang motosikal curi yang dilaporkan hilang 25 Disember lalu di Kelana Jaya. Suspek yang beralamat di Petaling Jaya itu sudah diserahkan kepada pegawai penyiasat jenayah untuk tindakan lanjut.

“Sebelum ini, suspek juga pernah ditangkap atas kesalahan memiliki motosikal curi mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan baru saja habis menjalani hukuman penjara tahun lalu,” katanya.

Selain itu katanya, turut ditahan dua beradik berusia 13 dan 15 tahun.

“Namun mereka bukan penunggang sebaliknya pembonceng. Kita tahan dan panggil ibu bapa mereka untuk mengambil anaknya ke balai.

“Ibu bapa boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak Kanak 2001 berikutan mengabaika­n anak mereka,” katanya.

 ??  ?? ANTARA yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di kilometer 11.6 susur keluar ke Lebuhraya Persekutua­n awal pagi, semalam.
ANTARA yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di kilometer 11.6 susur keluar ke Lebuhraya Persekutua­n awal pagi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia