Harian Metro

Rahsia terbongkar

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana @hmetro.com.my

 Staf pejabat agama ditahan rogol gadis ditangkap khalwat

Seorang kakitangan pejabat agama memberi alasan mahu membantu seorang gadis berusia 14 tahun yang ditangkap berkhalwat dengan pasanganny­a sebelum merogol mangsa dua kali dalam kejadian berasingan di sebuah hotel di Beaufort, pada Disember lalu.

Perbuatan keji lelaki berusia 50 tahun itu bagaimanap­un terbongkar selepas

mangsa terbabit menceritak­an kejadian itu kepada abang dan kakak iparnya.

Mangsa kemudian dibantu oleh ahli keluargany­a membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, kelmarin.

Susulan itu, suspek ditahan di rumahnya di sebuah kampung di Beaufort, petang pada hari sama.

Menurut sumber, mangsa bersama teman lelakinya antara pasangan yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Beaufort oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) cawangan Beaufort pada 16 Disember tahun lalu.

Katanya, lelaki itu yang juga penguat kuasa JHEAINS Beaufort kemudian dikatakan menemui mangsa untuk membantu menyelesai­kan kes berkenaan.

“Lelaki terbabit mendakwa akan menyediaka­n urusan semua borang pertunanga­n dan pernikahan remaja itu dan pasanganny­a.

“Susulan itu pada 29 Disember 2017, lelaki itu kemudian datang ke rumah mangsa dan mengajak menguruska­n borang nikah sambil ditemani oleh adik lelaki mangsa.

“Suspek kemudian masuk ke dalam bilik hotel lalu dipercayai memujuk rayu mangsa sebelum merogolnya.

“Namun kejadian itu bukan pertama kali dan suspek turut merogol mangsa pada 3 Januari lalu di hotel sama,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan suspek.

 ??  ?? RAMLI
RAMLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia