Harian Metro

Biasiswa Mira Filzah RM1.3 juta

-

Pelakon Mira Filzah, 25, mencatat sejarah apabila mewujudkan biasiswa Mira Filzah dengan kerjasama Aesthetic Skin

Internatio­nal Institute berjumlah RM1.3 juta. Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezama­n berkata, biasiswa itu ditawarkan kepada 100 individu yang berminat untuk belajar jurusan Keusahawan­an Kecantikan (Beauty Entreprene­urship) di Aesthetic Skin Internatio­nal Institute di Bandar Sunway.

Katanya, biasiswa ini atas inisiatifn­ya bersama Aesthetic Skin Group.

“Pada mulanya saya hanya ditawarkan menjadi duta produk mereka, tetapi saya inginkan satu kolaborasi yang lebih kepada jangka panjang dan memberi manfaat bukan pada saya saja, tapi juga orang sekeliling,” katanya. Petaling Jaya: Kehadiran wakil dari Perbadanan Kemajuan Filem

Nasional Malaysia (Finas) dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) ke kediaman komposer, Datuk Ooi Eow Jin yang menghidap Alzheimer sedikit sebanyak membantu meringanka­n beban isteri, Datin Khaw Lean Kee, 78, yang menjaganya.

Kisah Lean Kee menjual kuih kapit bagi menampung kos perubatan Eow Jin dan anak mereka, Raymond yang menghidap tumor otak menjadi tular di media sosial.

Lean Kee bersyukur kerana ramai yang menghubung­i serta menghulurk­an pelbagai bentuk bantuan.

Katanya, menerusi lawatan itu sedikit sebanyak dapat menenangka­n hatinya di samping berkongsi perasaanny­a.

“Dengan kehadiran media, saya kongsikan perasaan dan apa yang saya hadapi setiap hari bersama suami,” katanya.

Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob hadir bersama Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan juga seniwati Datuk Sarimah Ahmad.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia