Harian Metro

OST The Greatest Showman melonjak di carta

-

pelakon yang menyanyika­n sendiri lagu terbabit.

Antaranya Hugh Jackman, Keala Settle, Zac Efron, Zendaya, Michelle Williams dan ramai lagi.

Sejak 10 tahun lalu, 21 lagu album OST berjaya berada di tangga pertama dan daripada semuanya, hanya lima yang mampu bertahan lebih daripada seminggu.

Selain The Greatest Showman yang buat masa sekarang menggunggu­li carta Billboard 200 selama dua minggu berturut-turut, album OST lain adalah Suicide Squad: The Album (dua minggu dalam 2016), Guardians of the Galaxy: Awesome Mix Vol 1 (dua minggu dalam 2014), Frozen (13 minggu dalam 2014) dan Glee: The Music Volume 3 - Showstoppe­rs (dua minggu dalam 2010).

Empat lagu daripada album The Greatest

Showman muncul buat pertama kali dalam carta Billboard Hot 100 pada 13 Januari, bermula dengan lagu This Is Me nyanyian Keala Settle.

Bagi Pasek sendiri, dia tidak menjangkak­an sambutan sehebat itu.

“Saya sendiri tak percaya dengan berita itu. Saya dan Paul berhubung menerusi pesanan mesej dan saling tertanya-tanya sama ada berita itu adalah benar atau sekadar rekaan,” katanya.

Album itu secara keseluruha­n bermula di carta Billboard 200 di tangga ke-71 empat minggu lalu sebelum naik ke tangga 63 dan kemudian terus melonjak ke tangga kelima minggu lalu.

Album karya Benj Pasek dan Justin Paul pertaruhka­n

11 lagu, dinyanyika­n beberapa

pelakon

 ??  ??
 ??  ?? HUGH Jackman turut menyumbang­kan suara untuk album ini.
HUGH Jackman turut menyumbang­kan suara untuk album ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia