Harian Metro

Proton Saga ‘lejen’

- Nur Syazwana Mansor am@hmetro.com.my

 Pemilik pertimbang jika keluarga pencipta nama kereta mahu beli

Katanya, dia ada membaca laporan mengenai anak pencipta nama Proton Saga, Allahyarha­nm Staf Sarjan (B) Ismail Jaafar, 71, yang berusaha mencari kereta itu untuk dibeli semula dalam menunaikan hasrat bapanya itu.

“Saya alu-alukan kedatangan ahli keluarga Ismail ke rumah untuk berbincang lanjut mengenai kereta ini. Jika kena caranya, saya bersedia menjualnya,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Bendang Raja, Mukim Rambai di sini, semalam.

Menurut Che Far, kereta itu yang pertama miliknya selepas membeli daripada ejen di Sungai Petani ketika isterinya, Roziyah Che Ani, 63, mengandung­kan anak bongsu daripada empat anak yang kini berusia 26 tahun.

Katanya, dia langsung tidak mengetahui sejarah kereta terbabit sehingga beberapa tahun kemudian rumahnya didatangi lelaki berbangsa Siam yang mengenali pemilik asal kereta itu.

“Lelaki terbabit bertanya sama ada pemilik kereta ini ada sini kerana dia rakan lamanya.

“Saya tidak menyangka pencipta nama Proton Saga ini pernah menggunaka­n kereta ini yang dihadiahka­n oleh kerajaan atas jasanya,” katanya yang juga petani.

Bercerita lanjut Che Far berkata, dia menyayangi kereta itu kerana ia kereta pertama dibelinya selain banyak berjasa dalam memudahkan urusan kerja seharian sejak dulu lagi.

“Sebenarnya Proton Saga ini jarang digunakan selepas ada kereta baru, namun saya sayangkan kereta ini dan menjaganya dengan baik.

“Kereta ini juga dibuat ubah suai dan dicat semula mengikut peredaran zaman, malah saya membelanja­kan hampir RM10,000 bagi menukar enjin dan membuat sedikit penambahba­ikan sehingga ia masih boleh digunakan sehingga kini,” katanya.

Menceritak­an pengalaman­nya sepanjang menjadi pemilik Proton Saga itu, Che Far menyifatka­n keretanya itu ‘pandai menjaga tuan’.

 ??  ?? CHE Far (kiri) menjaga kereta Proton Saga yang pernah dimiliki pencipta nama kereta terbabit dengan baik sejak membelinya pada 1991.
CHE Far (kiri) menjaga kereta Proton Saga yang pernah dimiliki pencipta nama kereta terbabit dengan baik sejak membelinya pada 1991.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia