Harian Metro

Nafi kakitangan merempit

-

Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) Sdn Bhd menafikan seorang daripada kakitangan­nya terbabit dalam kegiatan lumba haram di bandar raya ini awal pagi Ahad lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarka­n syarikat berkenaan, berdasarka­n pengesahan maklumat dari Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak, individu yang mendakwa dirinya sebagai mekanik PUSPAKOM sebagaiman­a dilaporkan tiada dalam sistem kakitangan syarikat itu.

“Kami menafikan kenyataan berkenaan dan mengesahka­n tiada kakitangan PUSPAKOM ditahan dalam Op Trafik yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Dakwaan mekanik itu ditahan sekali gus menjejaska­n reputasi PUSPAKOM,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia