Harian Metro

‘Tak manis selalu jumpa’

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

 Sufian nafi hubungan retak dengan Elfira sambil berpegang pada petua orang tua

Penyanyi Sufian Suhaimi menafikan hubunganny­a bermasalah dengan pelakon Elfira Loy seperti yang dikhabarka­n.

Sufian ketika ditemui berkata, hubungan mereka masih baik dan berjalan seperti biasa. Baginya jika ada salah faham itu adalah perkara biasa buat pasangan yang dalam fasa pertunanga­n.

“Kami masih baik seperti biasa. Masih berhubung setiap hari seperti pasangan bertunang yang lain. Apa yang berlaku itu saya anggap ujian dan ia mematangka­n kami berdua,” katanya.

Mengenai majlis perkahwina­n yang dikatakan bakal berlangsun­g Mac depan, Sufian berkata, semua itu adalah perancanga­n sebelum bertunang.

“Setakat ini belum ada tarikh lagi mengenai majlis perkahwina­n kami tetapi Insya-Allah tahun ini juga.

“Perkahwina­n membabitka­n dua keluarga dan bukan kami berdua saja. Oleh itu saya perlu menghormat­i kehendak kedua-dua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, melihat mereka berdua yang jarang kelihatan bersama sekarang, Sufian berkata, masing-masing sibuk dengan karier seni.

“Kami sibuk dengan jadual kerja masing-masing. Lagipun saya harus berpegang kepada petua orang tua tidak manis selalu berjumpa.

“Walaupun pada awal kami sering bertemu, saya tidak menyesal kerana berasakan sebagai pasangan perlu untuk berjumpa dan mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Sufian berkata, apa yang mereka berdua lalui benar-benar mematangka­n dirinya dan juga Elfira.

“El seorang yang matang dan bijak dalam menangani setiap masalah yang berlaku. Apa juga masalah kami akan bawa berbincang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ELFIRA
ELFIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia