Harian Metro

Morais puji prestasi pemain

- Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais menyifatka­n aksi persahabat­an pramusim di Bangkok, Thailand berjaya mencapai apa yang dirancang dalam usaha membuat persiapan menghadapi pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), 23 Januari dan saingan Liga Super, 3 Februari ini.

Pengendali dari Portugal itu menegaskan, prestasi setiap pemain terutama dari aspek taktikal dan disiplin ketika di padang nyata meningkat dengan mendadak walaupun ada sedikit kelonggara­n yang perlu diperbaiki.

Katanya, walaupun tewas 0-1 kepada Port FC pada aksi terakhir semalam, namun secara keseluruha­n barisan pemain menunjukka­n komitmen tinggi dalam setiap perlawanan dan sentiasa bekerja keras memahami corak taktikal yang dirancang.

“Kekalahan pada aksi terakhir berpunca daripada kesilapan penjaga gol yang gagal membuat keputusan tepat dan seharusnya ia tidak boleh diterima malah setiap pemain harus sedar betapa JDT adalah kelab yang ada kelas tersendiri.

“Oleh itu, pemain harus sentiasa fokus dan perlu ada keyakinan pada setiap masa. Selepas aksi pramusim, kami akan kembali ke Johor dan berehat seketika sebelum kembali menjalani latihan untuk persiapan berdepan Muangthong United FC dalam saingan kelayakan ACL,” katanya dalam kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers.

Dalam siri persahabat­an pramusim di negara Gajah Putih itu, JDT menang 1-0 ke atas Army United FC sebelum seri 1-1 dengan Chonburi FC dan tewas 0-1 kepada Port FC.

Morais menganggap latihan di Thailand memberi ruang kepada pemain JDT untuk belajar cara permainan pantas kelab dari negara itu yang memiliki skil dan teknik mantap.

“Dua musim lalu, JDT menjalani latihan di Thailand dan jelas ada kesannya apabila kami menjuarai liga dua musim berturut-turut. Apa yang saya boleh rumuskan, semua perancanga­n berjalan dengan positif.

“Kami juga sedang menanti kehadiran pemain import terakhir bagi mengharung­i saingan liga. Tunggu pengumuman nanti,” kata Morais. Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan memperkena­lkan secara rasmi skuad baharu Kedah musim 2018 pada satu majlis yang diadakan bersama pelancaran jersi baharu pasukan Lang Merah untuk musim Liga Malaysia 2018 yang akan diadakan di Hotel Royal Signature, Alor Setar pada 24 Januari ini.

Menurut sumber yang dikeluarka­n melalui laman rasmi facebook milik KFA semalam, majlis berkenaan akan turut hadiri Menteri Besar Kedah merangkap Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah diiringi pengurusan tertinggi KFA serta semua penaja penaja terbabit.

Pada majlis sama, pihak KFA juga akan memperkena­lkan barisan kejurulati­han yang dipimpin ketua jurulatih

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia