Harian Metro

Larsen bakal import keempat Pulau Pinang

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukanteam@nstp.com.my

Georgetown: Bekas penyerang Kedah, Ken Ilso Larsen dari Denmark semakin hampir menjadi milik pasukan Pulau Pinang apabila bakal menandatan­gani kontrak sebagai pemain import keempat secara rasmi.

Penjaring berusia 31 tahun yang meledak 21 gol daripada 26 perlawanan ketika mewakili Kedah dalam saingan Liga Super tahun lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) jam 4.45 petang semalam.

Sebelum ini tiga pemain import sudah mengesahka­n diri bersama skuad Harimau Kumbang iaitu Sanna Nyasi, Ugochukwu Ukah dan terbaru, Kang Seung Jo.

Jika dilihat pemilihan pemain yang dibuat ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan kali ini memperliha­tkan formasi pasukan cukup mantap antara pemain tempatan dan import yang memiliki kelebihan tersendiri.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Azizudin Shariff ketika dihubungi memberitah­u kehadiran Ken Ilso pastinya akan melengkapk­an dan menguatkan lagi posisi bahagian serangan yang masih belum diisi selain bakal digandingk­an dengan beberapa pemain tempatan.

Beliau berkata, satu pengumuman khas akan dibuat FAP selain terus optimis dan gembira dengan kehadiran Ilso yang mempunyai semangat juang tinggi ketika dalam padang.

“Kecemerlan­gan Ken Ilso sudah dibuktikan. Dia seorang penyerang yang bagus dengan rekod pencapaian serta jaringanny­a ketika bersama Kedah musim lalu dan kecemerlan­gannya diulangi sekali lagi bersama Pulau Pinang tahun ini,” katanya.

Kenyataan Azizudin itu seolah-olah sudah membuktika­n kesahihan bahawa penyerang yang memiliki ketinggian 1.83 meter itu akan bersama skuad Harimau Kumbang sejak namanya disebut sejak beberapa hari lalu.

 ??  ?? GOMIS beraksi di posisi tengah.
GOMIS beraksi di posisi tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia