Harian Metro

KEJUTAN BESAR MENJELANG HARI JADI

 Firasat bapa terbukti selepas terima berita anak ikuti konvoi maut kemalangan jalan raya

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

“Keluarga memang merancang untuk membuat kejutan sempena hari kelahirann­ya bulan depan, namun tidak sangka pula sebaliknya apabila kami menerima berita sedih ini,” kata Shuhery Shuib, 59, bapa kepada juruteknik PETRONAS yang maut ketika mengikuti konvoi motosikal berkuasa tinggi di Phattalung, Thailand, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang (waktu tempatan), mangsa Muhammad Ariff Shuhery, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Nur Arissa Ruri Ahon, 34, yang membonceng motosikal Honda 600cc itu parah.

Konvoi turut disertai bapa saudara mangsa Juhari Ahmad Zamri, 52, dan tiga individu lain menuju ke Koh Samui melalui Lebuhraya Petchakase­m yang terletak antara Hatyai dan wilayah Phattalung.

Namun, motosikal pasangan suami isteri itu melanggar belakang pacuan empat roda yang dikatakan berhenti tiba-tiba dalam sekatan jalan raya yang dijalankan polis Thailand. Rempuhan itu menyebabka­n mereka tercampak ke tengah jalan dan dihantar ke Hospital Pabon.

Shuheri berkata, konvoi disertai anak sulung daripada empat beradik itu bertolak dari Pulau Pinang dengan menunggang tiga motosikal berasingan pada pagi kejadian.

“Namun, pada jam 4.20 petang semalam (waktu Malaysia kelmarin), saya terkejut dimaklumka­n ahli keluarga mengenai kemalangan itu yang turut disahkan sendiri oleh Juhari,” katanya di kediamanny­a di Seksyen 17 di sini, semalam.

Shuhery berkata, dia mula berasa tidak sedap hati ketika menghantar menantunya (Nur Arissa) ke Hentian Bas Seksyen 13, malam Isnin lalu, yang mahu menuju ke Pulau Pinang untuk menemui Muhammad Ariff.

“Saya berasa sesuatu yang pelik dan tidak boleh tidur semalam. Arwah sempat berpesan supaya menjaga semua anaknya dan mahu pergi ke Thailand buat kali terakhir sebelum bertukar ke cawangan PETRONAS di KLIA.

“Firasat saya ternyata benar apabila menerima berita pemergian arwah,” katanya reda dengan apa yang berlaku.

Kata pesara swasta itu, Nur Arissa cedera di tulang pinggul dan pipi menerima rawatan di hospital negara berkenaan.

“Allahyarha­m meninggalk­an empat anak termasuk kembar perempuan berusia tiga hingga lapan tahun dan jenazahnya dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21,” katanya memaklumka­n arwah seorang yang peramah dan ceria.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN motosikal Muhammad Ariff yang terbabit nahas di Phattalung, Thailand.
SHUHERY menunjukka­n gambar anaknya yang maut di Thailand.
KEADAAN motosikal Muhammad Ariff yang terbabit nahas di Phattalung, Thailand. SHUHERY menunjukka­n gambar anaknya yang maut di Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia