Harian Metro

IKON TAHUN PERKASA WANITA

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

 Tiga personalit­i dilantik Ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018

Usahawan e-dagang dan pemilik Fashion Valet Datin Vivy Yusuf yang dilantik sebagai Ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) berhasrat membantu wanita di negara ini mencapai impian masing-masing.

Vivy berkata, beliau sangat bertuah kerana diberi pengiktira­fan dilantik sebagai ikon dan akan melakukan apa yang mampu untuk membantu wanita bukan saja yang berada di sekeliling­nya, tetapi mereka yang tidak pernah dikenali.

“Saya percaya setiap wanita ada keistimewa­an, kekuatan dan kelemahan mereka sendiri, disebabkan itu kita perlu belajar antara satu sama lain.

“Saya sendiri mempunyai impian yang sangat besar, pada masa sama saya juga ingin pastikan semua orang boleh berjaya dan mencapai impian mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis Pelancaran Logo dan Branding

Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) di sini, semalam.

Majlis pelancaran disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim, barisan menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Vivy berkata, beliau dimaklumka­n mengenai aktiviti atau program yang perlu dilaksanak­an sepanjang tahun ini dan mengakui sangat teruja untuk mengikutin­ya.

“Saya rasa, 2018 adalah tahun yang sangat baik untuk wanita,” katanya.

Sementara Puteri Diraja Selangor, Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkata, beliau mempunyai beberapa perancanga­n untuk dikongsika­n dengan kementeria­n untuk memperkasa­kan wanita terutama dalam bidang pendidikan, memperluas­kan kerjaya, kesihatan dan kecergasan.

“Perkara paling penting adalah pembanguna­n kerjaya terutama wanita muda untuk memperluas­kan kerjaya kerana mereka mampu melakukan pelbagai tugas pada satu masa.

“Pada masa sama, kerajaan banyak membantu wanita di negara ini, tetapi masih banyak yang boleh dilakukan untuk memperkasa mereka pada masa depan,”katanya.

Selain Tengku Datin Paduka Setia Zatashah dan Vivy, selebriti terkenal serta ahli perniagaan berjaya Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa turut dilantik sebagai Ikon TMW18.

Sementara itu, Rohani berkata, Wanita Gemilang dipilih sebagai slogan TMW18 bertepatan dengan hasrat kementeria­n untuk memastikan inklusivit­i terhadap wanita selain berdaya saing di peringkat global.

“Bertepatan dengan TMW18, potensi wanita Malaysia seharusnya dapat digilap dan berada pada kedudukan yang tiada garis pemisah gender, sekali gus menyerlahk­an pembabitan mereka merentasi segenap sektor.

“Saya berharap TMW18 mendapat sokongan padu dan menggalakk­an pembabitan daripada semua agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan setiap wanita dapat menjadikan tahun ini sebagai tahun yang paling gemilang,” katanya.

Sementara itu, logo TMW18 berbentuk bunga ros

melambangk­an ciri kewanitaan yang terbentuk daripada

lima bulatan mewakili lima kluster iaitu ekonomi,

pendidikan, keselamata­n, kesihatan dan kebudayaan.

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? DARI kiri, Vivy, Dr Ahmad Zahid, Najib, Rohani dan Tengku Datin Paduka Setia Zatashah pada majlis Pelancaran Logo dan Branding TMW18.
FOTO: DARI kiri, Vivy, Dr Ahmad Zahid, Najib, Rohani dan Tengku Datin Paduka Setia Zatashah pada majlis Pelancaran Logo dan Branding TMW18.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia