Harian Metro

‘GUGUR’ CARA SOPAN

- Georgie Joseph dan Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

> “Dia akan mengulas perkara itu apabila sudah bersedia,” kata adik Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari mengenai titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terhadap beberapa individu termasuk golongan artis dianugerah­kan Datuk dan Datuk Seri yang terbabit dengan perbuatan melanggar undang-undang agar memulangka­n sendiri darjah kebesaran mereka kerana cara itu lebih bersopan, lapor Georgie Joseph dan Shahrinnah­ar Latib

 Tengku Abdullah selar tindakan individu dapat gelaran istana langgar undang-undang

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dukacita terhadap tindakan beberapa individu termasuk golongan artis yang dianugerah­kan Datuk dan Datuk Seri yang terbabit dengan perbuatan melanggar undang-undang.

Beliau berkata, semua penerima gelaran Datuk Seri dan Datuk dari Pahang sepatutnya sudah tahu syarat serta etika perlu dipatuhi dalam pemakaian gelaran itu.

“Semua individu yang mendapat Datuk sudah tersurat dan tersirat dalam etika untuk memakai gelaran ini. Jika hendak diikutkan hati, saya mahu tarik semua anugerah. Saya dukacita jika ada individu bergelar Datuk berkelakua­n seperti ini,” katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa kebakaran tiga rumah di Taman Sungai Isap 2, semalam.

Farid Kamil menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) di Istana Abu Bakar, Pekan, pada 16 Disember tahun lalu yang membawa gelaran Datuk.

Sementara itu di Kuala Lumpur, adik Farid, Fadzil Zahari memberitah­u dia tidak boleh mengulas isu gelaran Datuk abangnya itu seperti dititahkan Tengku Abdullah.

Menurutnya, Farid akan mengulas perkara itu apabila sudah bersedia.

“Maaf, saya tidak boleh mengulas perkara ini. Hanya Farid boleh memberikan kenyataan mengenainy­a.

“Dia akan bercakap sendiri dengan media apabila sampai masanya. Buat masa sekarang dia perlukan sedikit ruang, malah kami mahu dia menjalani pemeriksaa­n dan rawatan terlebih dulu.

“Kami sekeluarga juga tidak menggalakk­an Farid untuk memberi sebarang penjelasan kepada media. Biarlah dia uruskan hal peribadiny­a dulu selain fokus menjalani rawatan pemulihan,” katanya.

Isteri Farid, Datin Diana Danielle ketika dihubungi pula enggan mengulas isu sama sebaliknya dia meminta diberi ruang kepada keluarga untuk bertenang.

 ??  ??
 ??  ?? TENGKU Abdullah melawat tapak rumah yang hangus dalam kebakaran di perkampung­an Sungai Isap, petang semalam.
TENGKU Abdullah melawat tapak rumah yang hangus dalam kebakaran di perkampung­an Sungai Isap, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia