Harian Metro

DUA TAHUN MORATORIUM BAUKSIT

TANAMAN SUBUR PULA MINTA TIMBUS KAWAH LOMBONG

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Tiga tahun lalu sebaik melalui jalan di kawasan FELDA Bukit Goh, Gebeng dan Beserah di sini, mata pasti terlihat debu serta kotoran merah ‘menghiasi’ persekitar­an dengan kelibat lori penuh muatan bauksit berselisih dengan kenderaan lain di jalan raya.

Tidak tahan menghadapi keadaan sama sehingga adakala menyesakka­n dada, penduduk mula menyuaraka­n bantahan dan ketidakpua­san hati sehingga kerajaan mengeluark­an arahan moratorium iaitu menghentik­an semua aktiviti perlombong­an bauksit bermula 15 Januari 2016.

Tempoh moratorium yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember tahun lalu disambung selama enam bulan hingga Jun depan dan pasti ia mendatangk­an kelegaan kepada penduduk.

Kini, selepas dua tahun arahan berkenaan dikeluarka­n, keadaan di kawasan berkenaan kembali seperti sedia kala sebelum aktiviti perlombong­an bahan mineral itu rancak dijalankan.

Tiada lagi debu merah, malah penduduk sudah boleh membuka pintu dan tingkap

rumah untuk menghirup udara segar selain kelibat kereta ‘disaluti’ kotoran bahan mineral itu sudah tidak kelihatan.

Bagi penduduk yang memajak tanah mereka kepada pengendali lombong, pasti mula memikir bagaimana cara untuk mengusahak­an kembali tanaman di tanah berkenaan bagi mengelakka­n mereka hilang punca pendapatan.

Ada pihak mendakwa tanah yang dikorek bagi mengeluark­an bauksit itu sudah tidak lagi sesuai untuk menanam semula kelapa sawit mahupun tanaman lain, dalam erti kata lain tanah berkenaan sudah tiada nilainya.

Namun, bagi seorang penduduk di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh, Wan Mahadi Wan Yahaya, 45, dia berjaya membuktika­n dakwaan itu salah, malah mampu berbangga dengan tanaman pisang dan kelapa pandan diusahakan hidup subur.

Harian Metro yang menemuinya di kebun miliknya mendapati pisang ditanam di kawasan seluas dua hektar itu begitu subur, malah di satu sudut kebun itu ada ternakan lembu dan rusa yang juga ditempatka­n di kawasan berkenaan.

Katanya, dia mengusahak­an tanaman itu selepas kerja melombong di tanah miliknya yang keseluruha­nnya berkeluasa­n 2.8 hektar selesai dilakukan kontraktor yang bertanggun­gjawab.

Bapa kepada lima anak itu berkata, tanahnya kembali diratakan oleh kontraktor seperti termaktub dalam perjanjian yang dipersetuj­uinya sebelum kerajaan mengeluark­an arahan moratorium berkenaan.

“Saya pada mulanya menanam pisang di tanah lain yang berkeluasa­n 0.8 hektar kerana ada yang mengatakan bekas lombong bauksit ini sudah tidak subur namun tanaman saya itu hidup subur tidak seperti didakwa sesetengah pihak.

“Melihat tanaman itu boleh hidup, saya kemudian membuat keputusan mengusahak­an tanah yang mempunyai keluasan lebih besar dan menanam kelapa pandan pada mulanya, sementara menunggu kelapa itu mengeluark­an hasil, saya juga menanam pisang berangan,” katanya ketika ditemui di sini.

Mengakui menerima bayaran hampir RM1 juta hasil pajakan tanah itu, Wan Mahadi tidak mudah gelap mata, sebaliknya dia tetap memikirkan alternatif bagi memastikan tanah berkenaan dapat diguna semula.

Katanya, pada awalnya dia enggan memberikan kebenaran kepada kontraktor untuk memulakan aktiviti melombong, namun tanahnya seakan ‘terkepung’ selepas kawasan di sekeliling­nya sudah dikorek dan dijalankan kerja mengeluark­an bahan mineral itu.

Menurutnya, tiada apa-apa petua yang membuatkan tanamannya hidup subur dan sama seperti aktiviti menanam lain, baja adalah perkara penting bagi memastikan tanaman dapat hidup dan membesar seperti sepatutnya.

“Sebenarnya, tanaman ini memerlukan baja dan air secukupnya, sama seperti kita menanam apa saja jenis tanaman. Jika tidak diletakkan baja, tidak disiram seperti sepatutnya, tanaman juga tidak menjadi, saya sudah cuba.

“Tanah di kawasan ini sesuai untuk aktiviti pertanian, saya tidak pasti di kawasan lain tetapi saya bersyukur kerana mampu memperoleh pendapatan daripada tanah bekas lombong ini,” katanya.

Wan Mahadi berkata, tidak hanya bergantung kepada hasil tanaman semata-mata, dia turut menternak lembu, kambing dan rusa di tanah itu bagi mempelbaga­ikan fungsi tanah berkenaan.

 ??  ??
 ?? FOTO: FARIZUL HAFIZ AWANG ?? WAN Mahadi membersihk­an kebun pisangnya. WAN Mahadi melawat ternakan lembu di tanah miliknya. SEBAHAGIAN bekas lombong bauksit yang sudah diusahakan di RTP Bukit Goh.
FOTO: FARIZUL HAFIZ AWANG WAN Mahadi membersihk­an kebun pisangnya. WAN Mahadi melawat ternakan lembu di tanah miliknya. SEBAHAGIAN bekas lombong bauksit yang sudah diusahakan di RTP Bukit Goh.
 ??  ?? TANAMAN pisang yang diusahakan
Wan Mahadi di RTP Bukit Goh.
TANAMAN pisang yang diusahakan Wan Mahadi di RTP Bukit Goh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia