Harian Metro

DATUK MOTOSIKAL HALIMUNAN

-

Sungai Buloh: Seorang lelaki mendakwa diperdaya Datuk Seri Normi yang menggunaka­n akaun bank miliknya untuk mengumpul wang tempahan kenderaan mewah serta motosikal berkuasa tinggi.

Kamil, 30-an, berkata, dia membenarka­n akaun banknya digunakan selepas dijanjikan pelbagai projek bersama agensi kerajaan.

“Saya anggarkan kira-kira RM7 juta masuk ke akaun bank saya sepanjang setahun lebih dia terbabit dengan urusan jualan kenderaan serta motosikal kuasa tinggi.

“Ia tidak termasuk wang tunai yang diserahkan sendiri kepadanya oleh pembeli,” katanya.

Menurut Kamil, Datuk Seri Normi licik memperdaya­kannya dengan memaklumka­n akaun banknya bersih dan boleh dijadikan rekod untuk mendapatka­n projek bersama agensi kerajaan.

Kamil berkata, dia turut tertekan kerana kerugian ratusan ribu ringgit selepas membuat tempahan pelbagai kenderaan daripada lelaki terbabit.

“Datuk Seri Normi kini gagal dikesan selepas berpindah daripada rumahnya di Saujana Utama.

“Tindakanny­a menggunaka­n akaun bank saya turut memburukka­n imej saya. Ia seolah-olah saya bersubahat dengannya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA penipuan lelaki menyamar Datuk Seri menunjukka­n laporan polis yang dibuat.
MANGSA penipuan lelaki menyamar Datuk Seri menunjukka­n laporan polis yang dibuat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia