Harian Metro

Tak sempat pecah tabung surau

-

Port Dickson: Tindakan pantas ahli jawatankua­sa (AJK) membuat intipan berjaya menahan seorang bekas banduan kerana disyaki cuba memecah tabung di sebuah surau di Lukut di sini, semalam.

Difahamkan, kelibat lelaki berusia 40 tahun yang baru keluar dari penjara empat bulan lalu dikesan pengerusi surau terbabit, Zulkifli Abd Wahab, 54, ketika dia singgah di sebuah stesen minyak jam 9 pagi.

Menurut Zulkifli, dia ke stesen minyak bersebelah­an surau itu sebelum melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigak­an di kawasan surau.

“Saya menghubung­i beberapa AJK surau untuk membuat intipan dan mengepung. Ketika itu semua pintu surau tertutup namun tidak berkunci.

“Hasil pemeriksaa­n kami mendapati seorang lelaki berada di tepi pintu di ruang solat. Lelaki itu mengaku baru keluar penjara atas kesalahan memecah tabung masjid di sekitar daerah ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, lelaki itu belum sempat bertindak kerana perbuatann­ya disedari.

“Pelbagai alasan tidak masuk akal diberikan seperti mahu menggunaka­n Internet tanpa wayar di surau dan macam-macam lagi.

“Namun, tiada kesan pecah tabung kerana kami percaya dia tidak sempat melakukan perbuatan itu. Lelaki mengaku tidak mempunyai pekerjaan itu turut memiliki pelbagai jenis mata wang asing,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superinten­dan Zainudin Ahmad ketika dihubungi polis menahan seorang lelaki dipercayai menceroboh kawasan surau.

Beliau berkata, penahanan itu bagi membolehka­n siasatan dijalankan walaupun tiada kesan pecah masuk atau kehilangan harta benda.

 ??  ?? LELAKI yang ditahan dalam keadaan mencurigak­an di surau di Lukut, semalam.
LELAKI yang ditahan dalam keadaan mencurigak­an di surau di Lukut, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia