Harian Metro

Jiran khabar anjung runtuh

 Pemilik bimbang struktur rumah dibeli pada 2005 tidak selamat didiami

- Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

“Saya ingatkan jiran bergurau namun sebaik anak melihat sendiri, baru saya tahu ia kejadian sebenar.

“Saya trauma dan takut untuk tinggal di rumah ini sehingga ia disahkan selamat,” kata Fatimah Zainal Abidin, 48, selepas anjung letak kereta miliknya runtuh di Taman Desa Puteri, di sini, kelmarin.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu jam 5 petang selepas menerima panggilan telefon daripada jiran memaklumka­n bumbung anjung letak kereta terletak di hadapan rumahnya runtuh.

“Saya segera menghubung­i anak untuk membuat pemeriksaa­n. Sebaik dimaklumka­n, saya terdiam memikirkan kerugian dialami.

“Kejadian itu mengakibat­kan saya kerugian RM40,000 termasuk sebuah motosikal Yamaha FZ150 tertimbus bersama runtuhan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Fatimah berkata, rumah berkenaan dibeli pada 2005 oleh arwah suaminya pada harga RM169,000 dan mereka mula tinggal di situ sejak 2006.

“Saya terkejut dengan kejadian itu dan takut untuk tinggal di sini buat sementara waktu sehingga keseluruha­n rumah disahkan selamat oleh pihak berkenaan.

“Adik ada menghubung­i pemaju perumahan memaklumka­n kejadian itu namun tidak mahu bertanggun­gjawab disebabkan rumah sudah tamat tempoh jaminan,” katanya.

Katanya, buat masa ini, dia dan anak tinggal di kampung sementara rumah berkenaan dibaik pulih dan dipastikan selamat untuk didiami semula.

“Saya tidak pernah membuat kerja naik taraf ruang parkir berkenaan dan ia dalam keadaan asal sejak dibeli dan terkejut apabila boleh runtuh secara tiba-tiba,” katanya.

 ??  ?? FATIMAH menunjukka­n laporan polis dibuat.
KEADAAN tempat letak kereta rumah milik Fatimah yang runtuh secara tiba-tiba, kelmarin.
FATIMAH menunjukka­n laporan polis dibuat. KEADAAN tempat letak kereta rumah milik Fatimah yang runtuh secara tiba-tiba, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia