Harian Metro

Peniaga didenda RM5,000

-

Akibat menyimpan 44 karton rokok yang dilarang import, tiga tahun lalu, seorang peniaga didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhka­n hukuman itu selepas Nai’mah Nawi, 45, mengaku salah.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh dipenjara lapan bulan tambahan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyimpan barang larangan import iaitu 44 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM484.80 di depan premisnya di Jalan Pintu Pong di sini, jam 9 pagi, 23 September 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia